Bab 19

3.6K 223 7
                                    


Faqira terdiam. Detak jantungnya mula berentak laju memainkan emosi yang mula bercelaru. Penuh persoalan di benak fikiran tatkala tirai persoalan dibuka. Firasatnya kuat mengatakan sesuatu tetapi malangnya sesuatu itu tak sampai ke otak untuk ditafsirkan.

"Apa maksud kau ?"

Razif tersenyum kecil sebelum bangkit. Sedar akan kesilapannya yang terlanjur kata. "My bad. Jom Rose,dah tengah hari sangat ni."

"Razif." Lelaki itu yang berura-ura mahu pergi terus terhenti. Perlahan kepala ditoleh menghadap Faqira yang mula menghampiri. Dia tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu tapi sayangnya,dia masih belum bersedia walau hakikatnya dia nekad mahukannya.

"Siapa dia ?"

"Siapa apa ?"

Anak mata Razif ditenung. Mencari kebenaran di sebalik mata hitam itu. "Rose. It was -"

"Not you."

Entah mengapa, dia terasa hati dengan apa yang baru sahaja ditutur oleh Razif. Adakah dia mahukan dirinya yang menjadi sebutan Razif tadi ?

'Aku sedang mengharap ke ni ?'

"Rose-"

"Ramai perempuan aku panggil Rose. Tak semua tapi adalah dua tiga orang. But another one is my real 'Rose'." Bohongnya. Tiada orang lain yang pernah dia gelarkan bunga mawar untuknya melainkan 'Rose'dia sendiri.

Razif mengoyak senyuman nipis. Cuba menyembunyikan perasaan bersalahnya kerana terpaksa berbohong." Don't take it too serious okay. Yang pasti..."

Pandangan bersatu dengan mata Razif." 'Rose' aku. Bukan kau."

Air mata yang jatuh setitik di atas telapak tangannya membuatkan dia tersedar daripada lamunan. Sedar akan air matanya yang semakin mencurah di pipi,laju tangannya naik mengesat sehingga bersih. Tak mahu meninggalkan kesan.

"Bukan kau."

Tangannya terhenti saat bait-bait kata Razif kembali menjengah minda. Hati tiba-tiba menjadi sebak. Tambah pula dengan skrin handphone yang tak henti-henti menyala menandakan panggilan daripada Razif masih belum diangkat.

Perasaan ni,tentang apa ? Kenapa dia rasa sakit sangat bila dapat tahu yang perempuan tu bukan dia. Sepatutnya dia perlu happy.. Bukan macam sekarang ni. Terlalu sedih seakan dapat mengetahui berita buruk.

"Kau jangan cakap kau suka dia Qira !" Pipi ditampar berkali-kali cuba menghentikan tangisannya. Tak tahu lah kenapa sendu sangat sampai air mata tak mahu berhenti.

Handphone yang sekali lagi berdering pantas diambil lalu di off kan. Serabut. Kalau betul dia bukan 'Rose' dia kenapa nak babitkan diri dia dalam hidup dia sendiri ?

Function ?

***

"Go ! Go ! Go Razif Go ! Go Razif Go !"

Faqira mengerling dengan hujung mata melihat Afiy yang seronok bersorak dengan kedua-dua tangan dikibar ke kanan dan ke kiri. Pula tu dengan lenggok tubuh yang sengaja dilentikkan. Lagi berapi apabila gadis itu sengaja mengerlingnya dengan hujung bibir terjungkit melakarkan senyuman nakal.

"Ayuh Afiy ! Bersemangat lagi !" Sokong Cik Zul tak habis-habis. Diorang ni memang tau. Sejak dapat tahu dia dengan lelaki itu semakin rapat,makin menjadi-jadi dia diusiknya. Dibahan oleh dua dara itu. Ikutkan hati,mahu sahaja dia tekup kepala dua-dua minah tu dalam air. Nasib baik masih ada secebis rasa sayang dalam hati.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now