Bab 6

5.3K 264 20
                                    

"Awak..."

Faqira mengangkat muka apabila bahunya dicuit. Bagai ada suara latar 'tuing tuing' ditelinga. Kening sebelah terjongket tinggi. Mempersoalkan Cik Zul yang tersengih di pagi hari.

"Kau nak apa ?"

"Saya nak pinjam buku ekonomi awak."

Laju Faqira menjegilkan mata."Tak bawak."

"Haa ? Serius lah ?" Cik Zul terbuntang. Sapu tangan digigit-gigit tanda geram. Melingas bebola matanya memandang kerja sekolah Faqira.

Faqira tergelak kecil. Kalau tak buat orang suspen pagi-pagi memang tak sah."Bawak lah. Nak tengok apa ?"

"Nak tengok awak !" Jerit Afiy seraya mengenyitkan sebelah matanya. Faqira dan Cik Zul berpandangan. Ni lagi seorang. Telinga kuali. Cakap dengan orang depan,orang nun jauh yang dengar.

Cik Zul tergeleng-geleng dan jarinya mencapai buku tulis ekonomi Faqira. Sementara Faqira mengerling Iylia dan Aisyah di sisi kanan dan kiri. Masing-masing sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah. Kusyuk benar.

"Awak..Saya nak tiru ? Sikitt je." Cik Zul melemparkan senyuman manis. Kedua-dua belah kening dijongket berkali-kali. Memohon keizinan untuk meniru. Ni kalau tak siap ni mahu kena bambu dengan cikgu.

Kelopak mata dikecilkan. Lama Faqira merenung Cik Zul sebelum bibir mengoyak senyuman. "Boleh..Pastikan kau faham apa yang kau tiru. Ngerti nggak ?"

"Ngerti non." Cik Zul tergelak kecil sebelum berlalu pergi. Jam di dinding kelas dipandang. Hampir menginjak pukul 7:50 pagi namun cikgu matapelajaran sains belum lagi menampakkan diri. Harap-harap laaaa cikgu tak masuk.

Ehehehe anak murid apa macam ni.

"Haih..Lapar lah pulak." Perut ditepuk-tepuk. Dalam hati berharap semoga dicepatkan masa rehat. Kang tak pasal-pasal kena gastrik.

Faqira menoleh ke kanan. Memerhati Aisyah yang kusyuk menulis. Dari awal dia datang laa ni. Langsung tak bertegur sapa. Diam je.

"Aisyah..Kau okay tak ?"

"Hmm.." Dahi Faqira berkerut. Hati bikin resah melihat perangai Aisyah yang satu itu. Perlahan dia menyentuh tangan Aisyah namun belum sesaat telinganya menangkap decitan kecil dari mulutnya.

"Aisyah-"

"Diam lah aku nak buat kerja." Marah Aisyah lalu buku rujukannya dialih ke sebelah kanannya. Semakin membuat Faqira berkerut apabila nada suaranya yang kedengaran lain. Dan..

"Kau menangis ke Aisyah ?" Rahang Aisyah dipegang namun belum sempat dia halakan wajah itu menghadapnya, pantas tangannya ditepis. Aisyah melemparkan pandangan tajam dan cukup jelas membuatkan Faqira tersentak.

"Jangan kacau aku." Usai memberi amaran,dia kembali menyambung menulis. Faqira terdiam. Risau dia melihat mata Aisyah yang sembap. Seakan baru lepas menangis dengan teruk.

Kenapa dengan dia ?

"Sorry..Aku nak buang sampah jap." Faqira bangkit lalu laju dia mencapai kertas-kertas yang mahu dibuang. Baru sahaja tubuhnya berpusing,statik dia di situ.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now