Bab 12

3.9K 220 1
                                    


"That's something.."

Bibir diketap rapat. Parut sepanjang 3 inci yang terdapat pada tubuhnya dielus perlahan. Nafas dihela berkali-kali.

Kelopak mata dipejam rapat.

"Tak habis lagi ?"

Laju Faqira menurunkan bajunya seraya tubuhnya terus dibalikkan menghadap ibu yang sudah sedia berlabuh punggung dibirai katil. Kerusi di meja belajar ditarik untuk didudukinya. Jantung dah berdebar semacam.

"Kenapa sentuh parut tu ?"

Kepala digeleng perlahan. Rasa sebak mula bertandang di dada."Iya,Iya tak suka."

Hujung baju digenggam kasar. Entah mengapa,setiap kali dia melihat parut itu. Pasti dia berasa sedih. Tak tahu dan tak pasti kenapa. Ada sesuatu yang berlaku padanya tetapi semuanya yang keluar dari mulut ibunya seakan lain dengan apa yang dia fikir.

"Ibu tahu tak krim ke ubat ke yang boleh hilangkan parut ni ?"

Ibu mengangkat muka. Lama dia merenung Faqira sebelum pandangannya bertukar redup. Terbias sedikit kekecewaannya di situ.

"Kenapa nak hilangkan parut tu ?"

Faqira terdiam. Dari riak wajah tua itu,seakan tidak suka akan tindakannya yang mahu menghapuskan parut yang seakan mencacatkan pemandangannya pada tubuh sendiri.

"Jawab soalan ibu,Iya."

Bibir bawah digigit perlahan bersama wajah ditundukkan. Wajah ibu tika ini kelihatan sangat serius. Bersoalkan tentang sesuatu yang hanya dianggap remeh bagi Faqira.

"Iya..Iya tak suka tengok parut ni. Lagi pun,parut ni pun bekas kemalangan kita sekeluarga dulu je kan.."

"Kenapa Iya fikir parut tu berpunca daripada kemalangan kita sekeluarga dulu ?"

Faqira tergemap. Laju wajahnya diangkat memandang wajah Ibu dengan seribu satu persoalan. Dahi berkerut serius. Kenapa ibu seakan lupa apa yang pernah terjadi dulu ? Kenapa soalan ibu seakan bukan berkait rapat dengan parut dan kemalangan dulu ?

"Ibu cakap apa ni ?" Tadi ibu beriak serius dan seakan mahu memarahinya. Tetapi sekarang ? Kenapa wajah ibu kusut ?

"Ibu sendiri cakap dekat Iya kan yang kita pernah kemalangan dulu ? Ni parut ni --" Tangan dibawa ke tubuh lalu ditekap ke bahagian parut itu.

"Parut ni kesan daripada kemalangan tu. Kenapa ibu tanya Iya soalan macam tu ?"

Ibu bangkit serta-merta. Cuba menapak keluar dari biliknya namun laju Faqira menahan. Kini wajah kedua-dua beranak itu serius.

"Ibu-"

"Ibu nak masuk bilik. Jangan tidur lambat,esok sekolah."

Belum sempat tangan ibu ditarik,pintu bilik telah pun ditutup rapat. Faqira terhenyak di birai katil. Tangan naik memicit pelipis sebelum tubuh direbahkan di atas katil.

Kenapa dengan ibu hari ni ? Sedari dia balik sekolah,sampai waktu makan malam pun ibu lebih memilih untuk berdiam diri. Wajahnya terpancar masalah yang dipendam. Mahu bertanya,tahulah ibu tu macam mana. Kuat berahsia.

Faqira menyelak sedikit bajunya lalu parut tadi kembali disentuh. Hati kembali sebu. Sungguh. Dia nekad. Dia mahu juga cari cara untuk buang parut ni. Parut ni membuatkan dia teringat akan kemalangan dulu yang hampir meragut nyawa mereka sekeluarga.

Dia ingat semua tu lagi.

***

"Kau sayang aku kan ?"

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now