Bab 53

4K 200 2
                                    

"Elok-elok bawak tu Iya,panas tu."

"Baik umi."

Aku melangkah perlahan-lahan ke depan sambil membawa ikan masak tiga rasa yang baru sahaja aku masak dengan bantuan umi,penuh berhati-hati. Letak sahaja lauk ke atas meja,aku tersentak apabila aku dipeluk dari belakang.

"Assalamualaikum sayang." Berbahang muka aku bila bibir abang Syahmi menyentuh pipi kanan aku. Lantas aku berpusing lalu memeluk dia erat.

"Waalaikumusalam abang. Bila abang sampai ? Iya tak dengar pun."

"Baru je sayang." Aku mengucup tangan dia sekilas. Seronok sangat memasak dengan umi kat dapur sampai tak sedar abang Syahmi dah balik kerja. Sedihnya tak dapat sambut dia balik dari kerja dekat pintu macam selalu.

"Rajinnya sayang. Masak apa hari ni ?"

"Umi masak nasi ayam,Iya masak ikan tiga rasa. Tak tahulah sedap ke tak."

Aku sembunyi senyum bila dia geselkan hidung dia dengan hidung aku. Dia ni suka sangat layan aku macam ni. Aku rasa terlalu manja dengan dia.

Nak berenggang pun susah nanti.

"Mestilah sedap. Air tangan sayang masak dengan ikhlas nak bagi abang makan."

Air tangan aku sedap ke ? Entah-entah air peluh ? Weh Faqira otak tu janganlah melencong tempat lain. Takkan nak bagi suami kau makan makanan campuran peluh kau pulak.

"Sayang,abang ada good news. Jom ikut abang masuk bilik jap." Tangan aku dipegang.

"Eh tapi Iya tak siap kemas meja lagi. Umi tengah-"

"Umi ! Ami culik Iya masuk bilik jap tau !"

Umi dari dapur melaung."Ha pergilah ! Nanti makanan dah siap Umi panggil turun makan."

Umi..Sorry.

Aku menjaga langkah membuntuti abang Syahmi yang tak sabar-sabar nak tarik aku masuk bilik. Nak je aku marah dia,dah lah aku tak nampak boleh pula dia main jalan laju-laju. Aku terjatuh kang dia pulak yang risau nanti.

"Abang jangan laju sangat."

"Abang tak sabar ni sayang."

Aku melabuhkan duduk di birai katil berhadapan dengan abang Syahmi. Pelik betul dengan suami aku ni. Orang balik kerja mesti penat. Dia pulak seronok macam nak terlompat-lompat dibuatnya.

"So apa good newsnya abang ?"

Abang Syahmi menarik nafas dalam-dalam."Tadi abang pergi hospital,"

"Hmm ?"

"Lepas tu abang jumpa doktor yang selalu uruskan appointment Iya."

Ha lepas tu ? Dia nak kata doktor tu dah nak kahwin dah ke ? Alhamdulillah lah kalau macam tu. Aku tumpang bahagia. Dapat aku makan nasi minyak.

"Doktor tu kata,ada seorang pesakit ni sekarang tengah sakit. Dia kata,pesakit tu nak dermakan mata dekat Iya sebab dia kata dia tinggal tunggu masa sebab kanser hati. Iya..Nak tak buat operation mata ?"

Aku tergemap. Aku salah dengar ke ? Kenapa aku tak fokus apa yang suami aku cakap tadi ? Telinga aku tersepit dekat tudung bawal yang aku pakai ke ?

"Maksud abang ?"

Kedua-dua tangan aku digenggam erat. Kedengaran suara abang Syahmi terlampau teruja. Aku pun tak pasti dengan apa yang aku rasa.

"Maksud abang,kalau Iya buat operation mata. Iya boleh nampak balik. Iya boleh tengok macam dulu."

Operation mata ?

Aku boleh nampak semula ?

Tapi kenapa aku tak happy dengan berita gembira ni ?

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now