Bab 48

3.7K 195 5
                                    


Fiqri terduduk lemah mengenangkan segala masalah yang berpunca daripadanya. Hari ni dah masuk hari ke tujuh bermakna sudah seminggu Faqira hilang tapi masih belum dijumpai. Laporan polis dah lama dibuat tapi sikit pun tiada hasil.

Dia dah tak tahu nak buat apa. Setiap malam dia membuat solat hajat. Mendoakan keselamatan adiknya itu.

Selama hampir seminggu ni macam-macam jadi. Keluarga dia dan keluarga Encik Zainuddin masih lagi berperang. Syahmi pula asyik kerap hilang. Ayah pula hampir kemalangan semasa mahu pulang dari tempat kerja. Dia teringat hari di mana dia dengan Syahmi berada di balai polis.

"Tak masalahnya korang ni buat kerja ke tak ?"

"Encik minta bersabar-"

"Adik aku hilang kau nak suruh aku bersabar kepala otak kau ?!"

Syahmi segera meminta maaf kepada polis yang bertugas lantas dia mengheret lelaki itu keluar daripada balai polis. Keluar sahaja daripada balai polis,satu tumbukan melayang ke pipi Fiqri.

"Kau punya bodoh tu lain kali tak payah bawak lah ! Kau tak dengar ke apa polis tu cakap ?!"

Fiqri menekup pipi kirinya yang pedih akibat ditumbuk. Syahmi yang sedang menyirap dipandang tajam. Dia perhati daripada tadi,Syahmi punya rilek tu macam minta penyepak daripada dia.

"Masalahnya diorang tu tak buat kerja ! Adik aku dah tiga hari hilang tapi ada diorang cari ?!"

"Kau jangan buat aku terajang kau kat sini jugak Fiq ! Kau dengar kan dia kata report polis tu dibatalkan ! Means adik kau masih selamat dengan orang !"

Syahmi mula naik angin. Kalau tak kenangkan sikap sabarnya,memang lunyai si Fiqri ni. Kawan tak kawan,kau buat perangai memang kena tibai.

Boleh pula dia pergi sembur pegawai polis tu. Kalau dia tak tahan si Fiqri ni memang malam ni tidur lokap. Berani buat kerja gila macam tu. Dia fikir Malaysia ni bapak dia punya.

"Kau rilek je dah lah. Adik kau selamat dan aku berani jamin dia nak tinggal dengan orang yang boleh jaga dia."

Fiqri bangkit. Apa yang dia buat semua salah. Semua tak kena. Orang risaukan adik dia. Bukan lelaki tahu tapi perempuan !

"Ami,aku fikir kau ni kawan baik aku je tahu. Kalau tak memang dah lama aku belasah kau. Kau expect dia boleh jaga diri ke ?"

Syahmi memicit kepala tanda serabut. Jam ditangan ditilik sekilas. Nak ditinggalkan Fiqri masalahnya Fiqri tumpang dia. Lagipun mamat ni kalau tengah stress mood memang overall tak betul. Risau pulak dia buat kerja gila.

Hari tu masa dapat tahu Aini curang pon dia bawak kereta macam nak terjun gaung. Yang masa buat assignment hari tu,boleh pula dia nak terjun bangunan. Nasib baiklah dia dan housemate yang lain nampak.

Kalau tak memang dah arwah.

"Aku dapat tahu siapa orang tu teruk dia kena dengan aku."

Syahmi menggeleng melihat Fiqri yang mula berlalu pergi. Tu lah orang dah pesan kalau tengah stress istighfar banyak-banyak. Sekarang bila semua ni dah jadi mulalah nak salahkan orang.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now