E P I L O G

16K 492 52
                                    

Till the end..

***

"Ushh.."

Daripada duduk kaki kat bawah sampai kaki naik bersila. Makin seronok jari aku menyentuh skrin handphone. Dekat tiga jam juga aku duduk sambil hadap dunia instagram ni.

Terliur aku dibuatnya bila melihat pelbagai jenis makanan. Aku tengok cara dia buat mac and cheese. Buat chicken wrap blackpaper. Butter chicken milk.

Nak tahu apa paling gila ? Aku tengok mukbang ASMR. Tak senang duduk aku dibuatnya bila bunyi kunyahan yang rangup tu kedengaran sangat menyentuh tepat ke dalam hati. Perghhh ni kalau aku nak makan,makanan penuh atas meja.

Wuish heaven !

"Ya Allah sayang !"

Handphone aku dirampas. Aku terbuntang lalu memandang abang Syahmi di sebelah. Bila masa dia turun ? Dia nampak ke aku buat apa ? Tak aku tak buat salah.

Aku cuma..

"Sayang tengok apa ni ?" Dia tengok handphone aku. Menggigit bibir aku dibuatnya bila dia pandang aku dengan kerutan di dahi. Muka dia serius gila.

Aaa takowd !

"Iya..Iya cuma tengok tu jer."

Handphone aku dicampak lalu aku ditarik bersandar ke sofa. Aku tersenyum kelat lalu memeluk dia dari tepi. Dekat fikiran aku masih melekat kukuh video yang berdurasi 5 minit tu.

"Sayang kalau craving bagitau abang. Abang boleh carikan makanan apa yang sayang nak. Jangan dera nafsu macam tu."

Aku tersengih kecil."Iya tak craving apa-apa tapi Iya suka tengok."

Dia pandang aku dengan riak tak percaya. Tapi aku mengangguk untuk meyakinkan dia. Betul aku tak tipu,craving nak makan dan craving nak tengok tu lain.

Aku cuma suka tengok video-video macam tu. Tapi aku tak pernah mintak makanan macam tu. Bukan sebab tak mampu tapi sebab memang tak rasa nak makan.

Ada paham tak ?

"Sayang check up lagi bila ?"

Aku menunduk memandang perut aku lalu aku tersenyum lebar. Bukan nak berlagak lah tapi jujur aku cakap,aku nampak comel sambil bawak perut aku yang besar.

Hew hew.

"Minggu depan last minum air gula. Lepas tu dah stop just tunggu due je. Dalam sebulan je lagi,keluarlah our junior."

Aish tashabar !

Percaya tak kalau aku kata aku dapat baby twin ? Tak payah percaya sebab dalam rahim aku cuma ada satu nyawa dan jantinanya cuma lelaki. Cukuplah satu dulu kan..

Aku menekap dada aku. Tiba-tiba rasa berdebar-debar pulak nak bersalin ni. First pengalaman okay. Debar dia lain macam. Macam nak ajak bukak gelanggang gusti.

"Ada nak beli barang baby lagi tak ?"

Hmm aku nak beli apa lagi eh..Apa yang tak cukup untuk bakal anak aku nanti. Lampin,pampers,baju,stroller..

Hah !

"Nanti kita pergi kedai hari tu nak tak ? Dalam Aeon. Dekat kedai tu ada jual hoodie baby,comel sangat Iya tengok."

Rambut aku diusap perlahan."Pergi siap."

"Ha ?" Dia ni biar betul. Aku ajak je tak adalah sampai nak terus pergi.

"Siaplah sayang. Kita pergi sana sekarang lepas tu kita pergi makan dekat satu tempat best ni."

Ye ke ? Aaasyeronoknya aku.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now