Bab 26

3.5K 208 2
                                    

"Aku nak tahu daripada mulut kau sendiri. Siapa aku bagi kau ?"

Razif termangu seraya tangan naik berpeluk tubuh. Tergelak kecil dia dibuatnya. Punyalah call macam ada emergency case..

"Hmm..Siapa kau bagi aku ?" Jari telunjuk diketuk di dagu tanda berfikir."Rose Faqira. Seorang perempuan yang aku sayang-"

"Aku tengah serius ni Razif !"

Razif tergelak kecil."Aku pun tengah serius lah ni."

Faqira berdecit geram sebelum bertindak menghentak dada Razif dengan menggunakan botol air mineral. Meringis kecil lelaki itu dibuatnya namun sedikit pun tak membuatkan Faqira rasa serba-salah.

"Apa kaitan aku dengan kau?! 9 tahun lepas yang kau cakapkan tu,kau nak bagitahu perkara yang sebenar kan ?!"

Dahi Razif berkerut tanda tidak mengerti. Dadanya diusap perlahan cuba meredakan rasa sakit. Perempuan kalau dah marah memang macam ni eh ?

Faqira mengetap gigi sebelum menghentak lagi dada Razif dengan air botol. Kali ni tindakannya agak kasar sedikit sehingga membuatkan Razif terbatuk kecil. Sungguh dia tiada masa untuk bermain-main dengan perkara yang amat rumit baginya.

"Kau tahu something kan !"

"Rose-" Duk ! Tangan Faqira cuba direntap namun tak berjaya tatkala Faqira bertindak menepis tangannya. Kenapa dengan perubahan Faqira yang secara tiba-tiba je ni ?

"Rose kejap! Uhuk !"

"Aku tak faham-aduh ! "

"Aku jumpa surat khabar lama pasal pedofilia. Kau mesti tahu sesuatu kan ?!"

Belum sempat botol hinggap buat kesekian kalinya di dada Razif,lelaki itu lebih pantas menangkap tangan Faqira sebelum bertindak menarik gadis itu hampir merapati tubuhnya. Sepasang mata Faqira ditentang tajam.

"Kau baru cakap- tentang Pedofilia.." Jantung Razif mula berdegup laju. Semakin tak menentu tatkala Faqira bertindak mendiamkan diri setelah puas melepaskan amukan kecil.

"Kau..Dah tahu ?"

Diam. Kelu lidah Faqira untuk membalas kata-kata lelaki itu. Sebaliknya pandangannya terpaku pada sepasang mata Razif. Dia dapat rasakan sesuatu. Bila dia dapat tengok mata Razif secara dekat..

'Mata abang cantik. Iya suka.'

Jelaslah bahawa..

Faqira tergemap. "Kau..Kau budak lelaki tu."

Bagaikan terkena renjatan elektrik,perlahan tangan Faqira dilepaskan. Sungguh lidah Razif kelu. Tak sangka begitu cepat Faqira mengetahui perkara sebenar.

"Macam mana kau tahu- tu aku ?"

Faqira menentang lagi mata Razif sebelum jari telunjuknya dihala pada mata lelaki itu. Sumpah dia tak tipu. Mungkin orang akan kata merapu tetapi dia sendiri pasti dan hanya dia sendiri yang dapat pastikan kelainan pada sepasang mata lelaki itu.

"Your eyes."

***

"Rose kejap -"

Sekali rentapan,berpusing tubuh Faqira sebelum sempat dia tersembam di dada lelaki itu. Wajah dingin Razif dipandang tak beriak. Sekarang ni bukan Razif menjadi point utama dia.

Tetapi ayah dan ibu !

"Kau nak apa ?!"

"Kau tak boleh buat macam ni ?!"

The Rose [ C ]Onde histórias criam vida. Descubra agora