Bab 27

3.5K 210 1
                                    

"Rose !"

Faqira menunduk bersama wajah simpati. Roti di tangannya masih lagi tak disentuh. Hilang selera nak makan dek dimarahi lelaki itu.

"Kau duduk sini diam-diam. Aku tahu kau lari,aku korek biji mata kau !"

"Lepaskan kitaorang lah !" Jerit Razif bersama tangan dan kaki diikat. Yang paling menyedihkan apabila dia langsung tak diberi makan.

Yang dia terima hanyalah sepakan tak berperikemanusiaan manusia tak berguna di hadapannya.

"Diam !"

Bam !

Pintu yang tertutup rapat itu dipandang. Tanpa membuang masa,Faqira mengesot punggung menghampiri lelaki itu. Keadaan bilik yang serba gelap membuatkan pandangannya terjejas. Tapi cukup untuknya tahu kanak-kanak lelaki itu sedang menangis.

Atau lebih tepat,

Razif.

"Abang.." Roti disua ke bibir Razif dan pantas dia menggigitnya. Terbit rasa simpati melihatkan lelaki itu kelaparan. Nasib baik tangannya diikat di depan berbanding Razif dibelakang.

"Dahi abang ada darah."

Kunyahan Razif terhenti serta-merta. Bibirnya dijauhkan tanda tidak mahu menjamah roti coklat. Malah dia mengesot menghampiri Faqira.

"Kita lari jom ?" Faqira tersentak. Laju kepala digeleng. Tanda tidak bersetuju dengan cadangan Razif. Terbayang detik abang besar tadi menyepak dan melempang Razif.

"Tak nak. Iya takut."

"Kau nak takut apa ?" Soal Razif geram sambil tangannya sedaya upaya cuba dileraikan ikatan. Sesekali dia meringis kecil apabila kulit tangannya terasa pedih.

"Iya takut nanti dia lempang abang. Nanti dia sepak abang lagi. Iya tak nak. Iya tak suka tengok abang macam tu."

"Kau nak tengok aku kena lempang ke nak tengok aku mati kat sini ?"

Faqira terdiam. Terkesan dengan kata-kata kasar lelaki itu."Kenapa abang cakap macam tu ?"

Razif mengeluh kasar."Kau tahu tak kita akan mati kalau kita duduk sini ? Kau tak dengar ke dia cakap apa semalam ?"

"Dia cakap apa ?"

"Kau nak ke dia korek perut kau ? Dia ambil jantung kau ambil hati kau ambil usus kau. Lepas tu jual. Mak ayah kau tak pernah bagitahu ke ?"

Perlahan Faqira menggeleng. Fikiran terbang melayang memikirkan bagaimana keadaannya saat perutnya dikorek. Jantung dia di-

"Tak nak-tak nak !"

"Kau tak nak kan ? Sekarang kau buka tali kat tangan aku. Cepat !"

"Okay - okay !".

Razif memusingkan tubuh lalu pantas Faqira membuka tali yang agak ketat. Puas dia tarik tapi mana lah dia tahu nak buka tali ni.

"Macam mana nak buka ?"

Allahuakhbar. Razif mengeluh perlahan. Kalau macam ni dia rela mati kat sini. Nak buka tali pun tak pandai ?

"Kau pandai guna gunting tak ?"

"Hmm pandai !" Razif memandang Faqira dengan pandangan tak puas hati. Budak ni tak takut ke ? Jawab tu macam gembira sangat.

"Tu." Bibirnya dijuihkan di belakang Faqira."Ambil gunting tu lepas tu gunting. Cepat nanti abang tu datang !"

"Okay-okay." Mencicit Faqira berlari mengambil gunting lalu kembali menghampiri Razif. Takut juga dia tengok gunting besi ni. Macam gunting dalam cerita yang orang buat untuk gunting pokok.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now