Bab 3

7.2K 366 9
                                    


"Abang..Meh sarapan dulu."

Razif yang baru menapak turun bersama beg yang digalas dibahu lantas mendapat tempat di meja makan. Perut yang rancak berkeroncong sedari dia bangun daripada tidur membuatkan dia tak sabar nak melahap. Boleh pula tertidur masa tengah buat sedikit nota malam tadi. Ingat nak makan dulu sebelum tidur.

"Ma..Hari ni abang balik lambat. Ada koko." Mama hanya mengangguk mengerti. Air kopi disua kepada si suami dan si teruna sebelum mendapat tempat berhadapan si anak bersebelahan si suami.

"Pa,sabtu ni abang tak dapat ikut papa. Abang ada kelas tambahan."

Papa yang sedang mengunyah mengangkat muka seraya tersenyum nipis."Pasal tu ke ? Cancel dah sebab ada orang dah booking dulu. So maybe next month."

Nasi lemak disua ke bibir. Sambil mengunyah,matanya meliar ke sekeliling."Raisya mana ma ? Tak sekolah ke ?"

"Adik dalam bilik. Demam katanya."

Razif mengangguk perlahan. Dia menyambung menjamu selera. Tak sabar nak pergi sekolah. Kalau boleh dia mahu berjumpa dengan dia.

Mama yang perasan akan si teruna yang tersenyum mula mencuit si suami. Hairan melihat tingkah si abang yang tampak gembira benar. Senyuman yang terpancar pun kelihatan bermakna.

"Abang.." Sekali seru,Razif mengangkat muka serentak makanannya juga sudah habis dijamah. Bibir masih membentuk senyuman lebar.

" Ye pa ?" Papa mengerling mama sekilas. Seakan beralih soalan melalui pandangan menyuruh mengajukan soalan buat si anak. Akhirnya si ibu mengalah.

"Ada sesuatu yang mama dan papa tak tahu ke ?"

Razif termangu seketika. Dipandang wajah kedua insan tersayangnya. Tidak mengerti dengan soalan yang dilempar.

"Maksud mama ?"

Mama menghela kecil."Happy semacam nampak. Kenapa ?"

Statik Razif tertunduk. Kini bertambah lebar senyuman lelakinya. Dengan penuh selamba,air kopi dibawa ke bibir dan dihirup perlahan sebelum diletakkan kembali. Pandangan masih tak beralih daripada menunduk. Rasa gembira dan teruja tak mampu ditepis kerana saat ini,peluang yang dia ada terlalu besar buatnya.

Setelah sekian lama,

"Abang jumpa dia."

"Siapa ?" Razif mengangkat muka memandang papa. Pandangannya bertukar redup sebaik menentang pandangan si bapa. Jelas dia terasa akan pernantian menyakitkan selama ini.

"Rose.."

"Rose ?"

Razif menunduk."Abang dah jumpa Rose abang.."

Dan abang akan pastikan,

Rose abang akan sentiasa dekat dengan dia. Selalu dan selamanya.

***

"Akaun ni macam susah je ?"

Rengek Afiy seraya meletakkan kepala di atas meja. Tersengguk-sengguk bahunya merintih walau hakikatnya tiada setitik air mata yang tumpah. Seakan mengalah sebelum berlawan.

Rabiatul menggeleng kecil."Baru je begining,hang dah pacak bendera putih pasai pa."

"Masih awal nak berserah Afiy." Nasihat Cik Zul dibalas anggukan mereka. Belakang Afiy di tepuk lembut. Mengalah pada permulaan ? Itu tak sepatutnya berlaku. Tapi itulah adat pelajar. Kerana setiap apa yang dipelajari belum sampai ke hati.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now