Bab 41

3.6K 197 7
                                    

Aku tersentak kuat membuatkan aku terjaga daripada lena. Kepala aku rasa berat dan sakit yang teramat. Aku cuba gerakkan badan tapi aku rasa lemah. Tak terdaya. Seakan aku baru lepas bantai masuk acara sukan tanpa kenal erti lelah. Kelopak mata aku cuba buka tapi gelap. Aku besarkan lagi mata namun tetap sama.

Gelap.

Aku kat mana ni ? Kenapa gelap sangat. Bilik aku ? Blackout ? Entah-entah aku tertidur sampai malam lepas tu blackout ? Ah sudah.

Aku cuba bangkit tapi dia punya sakit tu dari kepala sampai ke badan. Rasa nak menangis pun ada. Tangan je yang mampu bergerak. Tu pun aku rasa macam ada wayar dekat tangan aku.

Eh jap.

Aku menyentuh sesuatu yang menutup salur pernafasan aku. Tersentak aku sekali lagi. Kenapa aku pakai topeng oksigen ?

Aku mula tak sedap hati. Dalam situasi yang gelap-gelita macam dalam kubur,otak aku tak mampu nak berfungsi dengan baik. Malah aku rasa kepala aku macam nak pecah. Sakit sangat.

"Ayah.." Air mata aku mengalir tanda aku ketakutan. Aku takut. Aku takut duduk dalam gelap tanpa ada sesiapa.

Tolonglah..

"Ibu...Ibu kat mana ?"

Air mata aku semakin merembes keluar. Aku bangkit perlahan-lahan tapi akhirnya aku tersandar di kepala katil. Kepala aku betul-betul rasa berat. Lagi berat daripada batu. Ya allah kenapa dengan aku ni ?

"Ibu ! Iya takut ! Kenapa bilik ni gelap ! Ibu !"

Hampir sahaja aku nak menjerit bila ada tangan yang memegang tangan aku. Tangan kasar. Tangan siapa ni ?!

"Iya..Iya abang ni."

Allahuakhbar. Aku terus peluk abang dan menangis teresak-esak. Tubuh aku terasa menggigil yang amat. Aku terlalu takut.

"Allhamdulillah ya allah. Iya sedar juga." Abang menggosok belakang badan aku. Aku mendongak untuk melihat dia. Berkali-kali aku cuba buka mata seluas-luasnya.

Tapi gelap. Kenapa dengan aku ?

"Abang..Mana abang ?"

"Abang kat sini." Tangan aku naik meraba wajah dia. Aku sentuh hidung,bibir,mata dan kening. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.

"Abang kenapa Iya tak nampak abang? Kenapa gelap ? Abang bukaklah lampu jangan buat Iya takut."

Fiqri memejam kelopak mata menahan air mata yang mahu mengalir keluar. Ditepuk-tepuk adiknya supaya tenangkan diri. Syahmi yang berada di sudut katil hanya mampu melihat dengan perasaan simpati. Sebak mula bertandang di hati lelakinya.

Bersyukur ke hadrat Ilahi gadis itu sedar juga setelah hampir seminggu tak sedarkan diri. Fiqri hampir putus asa kerana adiknya langsung tak beri apa-apa respon. Tapi alhamdulillah berkat doa semua orang. Akhirnya Faqira sedar daripada lena panjang.

Lena yang menakutkan orang yang menyayanginya di sekeliling dia.

"Abang..Mana ayah ? Ibu ? Kenapa Iya tak boleh nampak ? Mata Iya kena tutup dengan kain ke ?"

"Iya.." Fiqri cuba mengawal nada suaranya. Dia buntu mahu menjelaskan bagaimana. Apa yang Faqira rasa bila dapat tahu dia dah tak boleh melihat seperti biasa ?

Aku pukul bahu abang. Orang tanya tu jawablah. Orang bukan nak tengok dia diam."Abang jawablah ! Iya kat mana ? Kenapa tangan Iya ada wayar. Ni ?" Aku sentuh topeng oksigen yang tergantung di leher."Ni kenapa Iya kena pakai oksigen ni ? Iya kat mana ? Kenapa abang diam ?!"

Fiqri menoleh memandang Syahmi. Pandangannya kabur dek air mata yang bertakung. Hati dia terlalu sebak. Tak sampai hati dia mahu mengatakan perkara sebenar.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now