Sis mintak 50 votes pun tak dapat even readers 100 lebih.
But it's okay sis mencuba.
Thanks semua yg vote dan komen. Sis sayang korang.
***
Tok ! Tok !
"Sayang bukak pintu ni !"
Tok ! Tok !
"Iya sayang,bukak pintu ni !"
"Iya bukak pintu ni kalau tak abang rempuh !"
"Faqira ! Ayah kata bukak pintu ni,bukak !"
Aku menekup telinga dengan tangan. Fikiran aku serabut. Aku tahu semua dah tak sayang aku. Sebab aku hidup asyik menyusahkan orang. Asyik buat orang benci dekat aku.
Aku susahkan mama dan papa.
Ayah,ibu.
Abang Fiqri.
Suami aku.
Buat apa lagi aku hidup ? Kalau kematian aku membawa kesenangan buat mereka. Aku dah penat.
Aku nak mati !
"Sayang bukak pintu ni !"
Tolong jangan cari aku !
Pergilah..Pergi !
Pranggg !!
Aku tak tahu aku baling apa sampaikan cermin yang tergantung dalam bilik air aku pecah. Suara ayah,ibu,abang Fiqri dan abang Syahmi diluar bagaikan tenggelam. Aku tak tahu aku fikir apa.
Yang aku tahu aku nak mati.
Aku tak nak jadi manusia yang disayangi orang atas sebab lain. Aku tak nak !
"Iya bukak pintu ni !"
Dum !
Serpihan kaca yang mendarat di kaki aku ambil. Air mata aku dah mengalir macam tak nak berhenti. Hati aku sakit. Terlalu sakit.
Aku hidup dalam kehidupan yang dipenuhi manusia yang berpura-pura. Orang sayang aku atas sebab kesian. Simpati. Bukan sebab sayang. Bukan sebab cinta.
Buat apa aku bazirkan masa diorang semata-mata untuk aku ? Buat apa aku nak suruh diorang sayang aku sedangkan diorang tetap layan aku seperti manusia mahukan simpati ?
Aku pengemis ?
Pengemis kasih sayang yang tak mampu manusia bagi dengan sempurna. Aku tahu aku selfish. Aku nak semua orang sayang aku tapi ?
Apa yang diorang dapat dari aku ?
Balik-balik aku cari diorang hanya untuk minta pertolongan.
YOU ARE READING
The Rose [ C ]
General FictionCover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau tahu."-Razif. "See ? Bila aku tanya kau tak nak jujur. Tapi bila kau buat perangai yang pelik-pelik...