Bab 23

3.4K 208 14
                                    

Buaian gantung yang mencantikkan lagi taman mini itu dihampiri sebelum tubuhnya direbahkan di atasnya. Sebelah kaki menyentuh tanah supaya menggerakkan sedikit buaiannya sebelum kembali dinaikkan. Pandangannya ditebarkan ke dada langit yang serba hitam. Dihiasi dengan bintang-bintang yang tampak malap bersinar.

Keluhan ketenangan dihela perlahan saat angin malam menyapa tubuhnya. Sekali gus menenangkan hati lelakinya yang gundah-gulana sejak kejadian petang tadi.

Razif memejam kelopak mata. Sambil menikmati suasana di malam hari yang sungguh mendamaikan. Nikmat yang Allah kurniakan buat hambanya disaat dia memerlukan.

Setapak dia mara ke hadapan. Masih gentar. Masih gugup. Masih tak punya kekuatan. Malah dirinya seakan dihambat rasa bersalah yang menggunung. Bukan sekali. Namun dua kali.

Dada terasa bergetar hebat. Akal menghalang dirinya supaya menghentikan langkah yang dirinya sendiri tidak pasti akan kesimpulannya. Tetapi hati terus-terusan memberikan sokongan untuk terus mara. Menghampiri susuk tubuh itu.

"Rose.."

Serentak kanak-kanak perempuan kecil itu menoleh. Bunga mawar merah yang berada dipegangannya terlepas serta-merta. Dengan penuh rasa sebak dan kedukaan yang melilit hati,pandangannya melata memerhati langkah kecil itu berlari menghampirinya.

"Abang !" Tubuhnya dipeluk dan saat itu juga tangisannya merembes. Tubuhnya menggigil.

"Abang tinggal Iya !"

Bibir diketap rapat dan perlahan tangannya menolak tubuh kecil itu supaya lepas daripada tubuhnya. Kesan balutan yang tersangatlah tidak kemas di kepala Faqira dilihat bersama keluhan.

"Kau..Okay ?"

Gelengan menjadi jawapan. Namun tak lama Razif merenungnya sebelum dia tersentak kecil. Saat darah merah mengalir keluar dari celah kain lusuh itu. Mengalir sehingga ke pipi.

"Ap-pa ni ?" Tangan kecil itu ditarik memaksa membuntuti langkahnya yang tergesa-gesa. Menghampiri kawasan air terjun sebelum bertindak memaksa Faqira duduk di atas batu.

"Kau tak perlu nak harapkan aku-" Tangannya dibasahkan dengan air sungai sambil sebelah tangan meleraikan kain lusuh itu."Untuk bersihkan luka kau." Perlahan tangannya menyeka darah yang mengalir. Sungguh dia rasa kesal yang teramat. Kerana bertindak tanpa memikirkan tentang keadaan Faqira.

Faqira hanya diam menerima rawatan lelaki itu. Pandangannya tak beralih daripada memandang seraut wajah yang tampak tegang itu. "Abang." Razif memandang sekilas.

"Abang dah janji kan tak tinggal Iya ?"

Kaku. Tangannya terhenti serta-merta daripada terus membersihkan luka itu. Keluhan berat dihela sebelum dia mendekatkan wajah menghampiri wajah Faqira. Bibir sedaya upaya mengukir senyuman. Walau kelihatan pahit sekali.

"Kau harapkan aku lagi ?" Faqira mengangguk. Tubir mata terasa hangat tatkala ditenung sebegitu. Terasa seakan sedang dimarahi oleh lelaki itu.

"Lepas apa yang aku buat dekat kau ?"

Angguk.

"Walaupun kau hampir mati. Disebabkan aku ?"

Faqira tergemap. Perlahan dia menundukkan pandangan sebelum tangisannya pecah. Di saat waktu gentir sebegini. Siapa lagi yang boleh dia harapkan selain lelaki itu.

Keselamatan dia.

Perlindungan dia.

Atau mungkin dia pun sudah temui ajal sekiranya takdir tak mempertemukan mereka berdua. Walau dengan pertemuan yang tak pernah dia harapkan.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now