Bab 49

3.9K 210 10
                                    

Bukk !

"Kau memang tak gunalah Ami ! Aku percayakan kau ni yang kau balas ?!"

Syahmi berpaut pada dinding untuk berdiri. Sakit di rahang cuba tak diendahkan. Terkejut apabila dia diserang tiba-tiba. Tanpa sempat dia nak lindungi diri sendiri.

"No wonderlah kau selalu hilang ! Kau tak gunalah Mi ! Kau kawan baik aku tapi apa kau buat belakang aku ?!" Fiqri mula hilang sabar. Kolar baju Syahmi dicekak lantas tubuh Syahmi dihentak ke dinding.

Tak sangka kawan dia sendiri sanggup khianat dia.

"Fiq kejap. Bagi aku explain dulu."

"Kau nak explain apa lagi sial ?! Mati-mati aku percayakan kau ! Aku macam orang bodoh pergi merata tempat cari adik aku,rupanya kau yang sorokkan dia ! Kau memang tak guna !"

Dengan satu tolakan,Fiqri jatuh tersungkur ke belakang. Syahmi mula menyirap. Ni lah dia paling tak suka perangai Fiqri. Suka mengamuk tanpa dengar apa-apa penjelasan dengan lebih detail.

"Bukan aku nak sorokkan Iya ! Tapi dia tak nak balik sebab kau !"

Fiqri berdiri lalu satu lagi penumbuk hinggap di pipi Syahmi. Geram campur bengang yang tak tertahan.

"No wonderlah kau rileks macam tak ada apa-apa. So kau lah yang batalkan report polis tu ?!"

"Ye memang aku !" Dada Fiqri ditepis kuat membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.

"Kau dengar penjelasan aku dulu boleh tak ?!"

"Aku tak nak dengar lah bodoh ! Kau dah buat salah kau nak reka cerita apa ?!"

Bukk !

Satu tumbukan melayang lagi ke pipi Fiqri. Dada Syahmi mula berombak kuat menahan amarah. Dia dah lama sabar dengan Fiqri yang jenis suka bertindak melulu. Even hal kecil pun dia boleh besarkan.

"Bodoh kau tu simpan sikit Fiq ! Kalau bukan sebab aku,adik kau dah bunuh diri sebab kau ! Kau jangan asyik nak fikirkan kepala otak kau yang tak betul tu hanya sebab nak cari salah orang ! Kau cari dulu salah kau. Allah bagi otak untuk berfikir bukan simpan buat perhiasan ! Use your brain la bodoh !"

Fiqri menoleh memandang Faqira yang terbaring lemah. Dah seminggu dia cari Faqira macam orang gila. Tidur pun tak cukup rupa-rupanya adik dia selama ni ada dekat dengan orang dia rapat.

Kawan baik dia pula tu !

"Kau yang patut use your brain ! Ibu langsung tak nak bercakap dengan aku selagi aku tak jumpa adik aku. Kau sepatutnya tolong aku bukan lagi menyusahkan aku !"

Syahmi berdecit sinis. Rasa ringan je kaki dia ni nak melayang ke pipi Fiqri. Sabar dia pun ada had. Apa guna jadi manusia kalau asyik reti nak bersabar. Makin lama kau sabar makin ramai orang pijak kepala !

"Kau jangan buat aku terajang kau sampai lunyai Fiq. Kau fikir balik apa kau cakap dekat adik kau ! Benda ni bukan salah sesiapa instead of diri kau sendiri ! Kau tak reti nak control emosi kau sampai orang lain jadi mangsa !"

Faqira yang masih terbaring lesu di atas katil dipandang sekilas."Kalau bukan sebab abah jumpa adik kau,kau mungkin dah tak dapat jumpa adik kau. First day abah bawak balik sini,dia call aku kau tahu tak ?!"

Fiqri berdecit sinis."Orang dah buat salah memang suka nak buat cerita ke ?"

"Aku tak buat cerita lah sial asal kau ni bengap nak mampus ! Kau teringin nak mati awal ke bodoh ?!" Sikit lagi kaki Syahmi mahu melayang ke kepala Fiqri. Kau tengok je Syahmi ni jenis yang gentle,sekali angin monsun dia datang dengan kau-kau sekali boleh terbang.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now