Bab 55

4.7K 212 7
                                    

"Mana ?"

"Kiri,sayang. Baik-baik."

Aku memeluk tangan Abang Syahmi. Masuk je dalam hospital ni,automatik rasa diri ni macam kena rasuk. Seram sejuk semacam deh. Masuk hospital macam masuk bilik mayat.

"Hey chill la. Kenapa menggigil ni ?"

Eee dia gelakkan aku ? Nak kena bantai ni. "Abang jangan takutkan Iya." Adu aku ni pun satu. Bukannya nak pergi kubur pun lek lek sudah.

Abang Syahmi memeluk bahu aku lalu kami sama-sama berjalan masuk ke ruang hospital. Lama jugaklah kitaorang berjalan sampai aku rasa terkejut beruk sebab naik lif. Dia ni pun bukannya nak cakap. Saja je nak buat aku tercirit kat sini.

Bunyi pintu dibuka membuatkan debar aku semakin menggila. Tambah pula aircond yang sejuk gila ni macam masuk bilik peti ais. Kalau aku pengsan,jangan tanya kenapa.

"Eh Syahmi. Masuk-masuk. Sila duduk."

Aku terkial-kial nak duduk bila Abang Syahmi dah duduk kat sebelah. Tangan aku yang sejuk dia genggam erat. Aku tahu dia nak gelakkan aku. Aku dengar dia tahan gelak dia tu dari tadi. Aku tahu..

"Allhamdulillah sampai jugak. So memandangkan masa pun terlalu terhad. Saya terpaksa bagitahu terus lah."

"Silakan doktor."

Aku gigit bibir dan seperti selalu..Dalam kegelapan. Rasa kecut perut tu tak adalah mendalam sangat memandangkan aku tak nampak tapi menipulah kalau aku boleh duduk tenang-tenang sambil buat wat lek wat piece. Ketahuilah bahawa jadi buta ini sememangnya best.

Walaupun agak menyukarkan.

"Kalau nak ikutkan,operation room semua tengah penuh sampai esok pagi. Tapi sebab patient yang dah setuju nak dermakan isteri awak sepasang mata tu disahkan meninggal awal pagi tadi,so kita terpaksa proceed lebih awal. So conclusionnya,kalau awak dan isteri awak setuju,saya akan serahkan borang persetujuan dan insyaallah malam ni isteri awak dah boleh buat operation."

What the..

Amenda ni ? Awat cepat sangat ?

"Ce-cepatnya.."

Aku terdiam bila abang Syahmi membisikkan sesuatu sambil mengusap tangan aku perlahan. Dia cuba untuk tenangkan aku yang tengah gelabah tak tentu hala ni.

"Jenazah tak boleh simpan lama-lama sayang."

Ouchh aku lupa.

"So saya akan serahkan beberapa dokumen untuk awak tandatangan sebagai persetujuan dan kalau semuanya dah okay,jam 6 petang saya akan sediakan operation room."

"Sayang okay nak buat operation ni ?"

Errr kalau aku kata aku tak nak ? Murung tak dia ?

Perlahan aku mengangguk."O-okay."

"Okay doktor. Saya setuju."

"Okay baiklah."Aku telan liur mendengar bunyi laci dibuka dengan penuh dramatik. Pula tu bunyi kertas diselak-selak macam tengah bukak kertas exam. Tambah pula bunyi pen ditekan gaya macam nak cucuk-cucuk orang. Bunyi kerusi terseret ngilu. Bunyi kertas dikoyak perlahan tapi kedengaran sangat tragis.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now