"Raisya."Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di pintu tergelak sinis. Jelingan matanya cukup membuatkan Razif terasa. Seakan ada perkara yang betul-betul membuatkan adik perempuannya menjadi sebegitu.
"No wonderlah abang selalu layan Sya acuh tak acuh ? That's because you officially have your other's sibling I mean your twin right ?"
Razif bangkit lalu dengan kasar tangan Raisya ditarik keluar daripada bilik itu. Sempat pintu bilik ditutupnya sebelum bertindak melepaskan tangan Raisya. Di wajahnya jelas tergambar perasaan bersalah.
"Kenapa ? Sentap ?"
Razif ketap rahang."Watch your words Raisya Zahirah."
Raisya tersenyum sinis."Selama Sya membesar dalam rumah ni,sikit pun Sya tak dapat kasih sayang abang. Abang anggap Sya macam stranger dari Sya kecil sampai lah Sya dah 15 tahun. Just because of you dah ada adik,abang dah tak nampak Sya. Who am I to you ?"
"Dia tu kakak Sya dan kembar abang-"
"So ? Puas tak ? "Soalnya sengaja menambah minyak ke api yang sedang marak. Wajah Razif yang betul-betul sedang menahan marah dipandang dengan perasaannya yang sakit. Kini dia terasa seakan ditipu.
"Puas tak dapat adik kembar balik? Tu yang abang kejar-kejarkan selama ni ? You know what,sebelum ni Sya cuma ada seorang abang je and it's you. Tapi abang tak pernah bagi perhatian kat Sya. Apa yang Sya nak dari abang,you suppose to me to be independent. Abang tak layan Sya macam adik abang sendiri." Tubir mata dah terasa hangat. Selama ni dia cuba menafikan andaiannya bahawa dia mempunyai seorang adik-beradik setelah dia terjumpa dengan sepotong nama berbinti Zainuddin. Tapi tak sangka semuanya kenyataan.
Kenyataan yang sepatutnya gembira.
Tetapi menjadi satu kenyataan yang menyakitkan.
Pathetic !
Ego Razif tercabar saat terpandangkan air mata Raisya yang jatuh bercucuran. Air mata yang seakan sedang meluahkan sesuatu. Entah mengapa,saat dia bertindak untuk mengubahnya sesuatu. Tak sangka sekali gus semuanya berubah.
Ada perasaan yang terluka.
"Abang cuma tak boleh move on dengan Rose-"
"Tapi perlu ke sampai buat adik sendiri macam stranger ? Sya boleh terima kalau abang memang tak nak layan Sya lebih. Tapi it's really hurt me inside bila abang sanggup pujuk mama papa untuk masukkan Sya ke asrama. Sebab apa ?!"
Tanpa diduga,air mata Razif jatuh setitik. Segala apa yang dia buat selama ni seakan diulang tayang semula.
"Pa please,abang tak nak sakitkan hati Sya lagi dan tolong masukkan dia ke asrama sekolah lain."
"Dia pun adik abang juga !"
"Abang terpaksa-"
"Sebab abang lebih sayangkan Rose daripada Sya kan ? Jangan disebabkan dia adik kembar abang,abang buang Sya. How could you to do that to me ?"
"Sebab dia hampir mati depan abang. Sya tak tahu apa yang abang dengan Rose lalui bila kitaorang terlibat dalam kes tu. Abang sayang dua-dua adik abang tapi abang lebih sayangkan Rose rather than Sya. Bukan sebab status tapi sebab dia terpaksa jadi mangsa atas kontrak tak masuk akal papa-"
"Razif Zikry Bin Zainuddin !"
Pang !
***
"Kenapa papa selalu nak pertikaikan apa yang abang cakap ?"
Berkerut-kerut dahi Faqira saat terdengar sayup-sayup suara seseorang sedang beremosi. Kelopak mata cuba dibuka namun tak boleh. Seluruh tubuh terasa lemah seakan susah untuk dia bergerak.
"Rose tu anak papa juga tau.."
Buku lima digenggam erat. Memaksa diri untuk bangun dan memperlihatkan sesuatu yang sedang berlaku di hadapannya. Keadaan yang kedengaran sangat tegang. Namun dia buntu apabila seluruh tubuhnya kaku tak bergerak. Hanya degupan jantungnya sahaja yang berdegup.
Bangun !
Tolonglah bangun !
"Abang takkan terpisah dengan Rose kalau bukan papa yang setuju untuk serahkan dia dekat Encik Ahmad !"
"Papa buat sebab terpaksa !"
"Sebab terpaksa ? Terpaksa gadaikan Rose semata-mata nak gantikan anak Encik Ahmad yang sepatutnya hidup tapi mati sebab papa terlanggar isteri dia. Macam tu ?"
Dush !
Air mata tanpa dipinta mengalir tatkala satu kenyataan yang baru sahaja dia dengar seakan menghentam hatinya. Disebalik cerita itu ada cerita lain diantaranya. Apa ni ?
Kenapa terlalu banyak kejutan ?
"Disebabkan rasa bersalah papa,papa sanggup gantikan anak dia dengan Rose ? So sekarang bila abang tuntut hak abang balik,papa bantah. Why ?"
Akhirnya,kelopak mata dapat dibuka sepenuhnya. Dengan sepenuh tenaga yang dia ada,pantas dia berlari ke arah pintu bilik. Langkahnya terhenti saat terdengar suara Razif yang jelas berbaur kekecewaan.
"Abang sedih tahu tak pa ? Benda ni takkan jadi kalau papa tak buat perjanjian gila tu ! Papa tahu tak,Rose hampir kena cabul ! Dan Rose juga hampir mati depan abang ! Abang sakit tengok Rose kena macam tu,takkan sikit pun papa tak ada langsung rasa sayang ?"
"Papa tu ayah Rose. Rose Faqira Zainuddin. Selama 17 tahun ni,ada papa nampak muka sebenar mama ? Ada ? Dia happy ke bila terpaksa hilang seorang anak walaupun dia dah ada dua orang ? Abang dengan Raisya dah cukup ke untuk bahagiakan mama ?"
Krekkk...
Empat pasang mata yang sedang berkumpul di satu sudut serta-merta menoleh memandang ke arah Faqira yang berdiri di muka pintu. Air mata yang membasahi pipi sikit pun langsung tiada rasa mahu menyekanya.
"Betul ke apa yang saya dengar ?"
Ya Allah entah apa lagi yang kau akan turunkan buatku ya allah.
"Kenapa tak bunuh saya je kalau saya punca semua ni berlaku ?"
"Rose." Puan Maya menghampiri namun tindakan Faqira yang berundur setapak membuatkan langkah Puan Maya turut terhenti. Dia,terasa.
"Saya dipisahkan. Saya hampir mati." Faqira mengangkat muka merenung wajah Encik Zainuddin. "Kesimpulannya,saya dibuang oleh keluarga sendiri?"
"Weh perempuan !" Raisya mara dengan perasaan bengis. Satu tolakan kasar berjaya membuatkan Faqira jatuh terduduk. Seakan melepaskan rasa tak puas hati yang terbuku di dada.
"Disebabkan kau family aku jadi macam ni kau tahu tak ?!"
"Raisya Zahirah !" Razif pula mara sebelum menolak Raisya menjauh. Dia membantu Faqira supaya berdiri semula. "Dia kakak kau tahu tak ?!"
"Sya tak perlukan kakak ! Kalau bukan sebab dia,abang takkan layan Sya macam ni ! Mama dengan papa pun takkan bergaduh disebabkan perempuan tak guna ni !"
"Dia kakak kau Raisya ! Sebelum aku sepak kau better kau diam !"
"For what ? Bunuh je lah Sya kalau macam tu ! Bukan setakat diam sekejap tapi Sya akan diam selama-lamanya. Tu yang abang nakkan ?"
"Dah lah !"
***
Tarataratatarataraa..
Entah lah.
Penat lah.
YOU ARE READING
The Rose [ C ]
General FictionCover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau tahu."-Razif. "See ? Bila aku tanya kau tak nak jujur. Tapi bila kau buat perangai yang pelik-pelik...