Bab 58

6.1K 395 23
                                    

Cinta Tak Setaraf,The Faiths,Kau Yang Terakhir also this one,The Rose sis tak pernah mintak berapa banyak vote dekat readers macam mana author wattpaders lain buat.

So I want to try once.

Can I get 50 votes only ?

Also 10 comment about this story setakat ni ?

Agak²boleh dapat tak ?

***

Empat hari berlalu.

Daripada dua,jadi empat. Suami aku hilang entah ke mana tanpa aku tahu di mana keberadaan dia. Puas aku runtuhkan ego aku untuk menelefon dia. Namun sikit pun tak ada hasil. Bukan setakat tak baca whatsapp aku,tapi one tick je aku dapat.

Nasib baik dia suami aku,kalau dia boyfriend aku memang aku mintak break. Tak kisahlah alasan apa pun.

Alhamdulillah selama beberapa hari aku tinggal kat rumah ibu. Penglihatan aku semakin baik. Tahap kabur mata aku pun dah berkurang. Aku dah boleh nampak muka ibu. Muka ayah. Muka abang Fiqri yang makin hensem. Oh yaa dia makin kurus. Satu perubahan yang baik.

Handphone aku yang tersadai dalam kotak hampir dua tahun aku ambil semula. Disebabkan aku dah lama tak pegang phone jadi aku lupa macam mana nak guna. Semua password instagram,twitter semua aku lupa. Yang aku ingat facebook,nasib baik boleh log in daripada facebook.

Kalau tak pishang aku dibuatnya.

Aku menghempas tubuh atas katil. Malam semalam dekat lima jam jugalah abang Fiqri tolong aku set up semua yang ada dalam handphone aku. Aku tergelak bila melihat gambar-gambar aku masa tingkatan satu sampai empat. Muka macam orang minta penampar je.

Hahaha nasib lah sekarang aku dah lawa. Terkejut jugaklah tengok diri aku sendiri. Makin putih aku hew hew sebab terperap dalam rumah.

Aku membuka whatsapp untuk melihat sebarang notifikasi daripada abang Syahmi. Namun tetap sama,satu tick. Aku rasa dia tukar nombor. Sebab profile whatsapp dia langsung tak ada gambar.

Kenapa dia buat aku macam ni ?

Kalau dia dah tak sayang aku,dia boleh berterus-terang dengan aku. Kalau dia dah tak nak aku jadi isteri dia,dia boleh jumpa aku. Berbincang baik-baik dengan aku. Kalau dia nak lepaskan aku,aku rela. Aku tak nak hidup macam ni. Ditinggalkan suami tanpa tahu di mana dia. Aku tak kisah kalau dia nak tinggalkan aku. Tapi ceraikan aku dulu kalau tu yang dia nak.

Jangan buat aku macam perempuan yang menunggu sesuatu yang tak pasti. Aku tak nak bergantung tak bertali. Aku tak nak hati aku sakit lagi. Aku dah tak macam dulu.

Aku tak nak hidup dalam rumahtangga yang kosong. Mana abang Syahmi pergi ? Atau dia memang dah ada isteri lain ?

Ya Allah buruk sangka lagi. Mana tahu abang Syahmi ada urusan kerja kat sana. Phone dia rosak ke tu sebab lost contact.

Tapi hati isteri mana tak terasa bila suami pergi tanpa beritahu isteri ? Kenapa dia buat aku macam ni ? Apa salah aku ? Apa dosa aku dekat dia ?

Bila dia sungguh-sungguh suruh aku buat operation mata,aku akur. Aku ikut kemahuan dia. Tapi bila pembedahan dah berjaya,dia menghilang entah ke mana.

Atau dia jadikan alasan ni supaya dia boleh larikan diri daripada aku ?

Aku menangis lagi. Tu kelemahan aku yang tak pernah berubah. Walaupun hati aku dah tawar sangat-sangat dengan perangai manusia yang buat aku macam anak patung tak ada perasaan.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now