Bab 28

3.3K 212 1
                                    

"Kau salah faham ni Qira. Aku ingat kau punya 'sentuh' tu yang sentuh-sentuh macam tu je. Kalau tu ye lah dah nama pun mangsa Pedo."

"Kau tipu aku !" Botol air dihempas kasar ke bahu lelaki itu. Geram ! Suka sangat cakap tak habis dan tak detail. Suka cakap main-main !

"Eiii !"

Razif tergelak kecil. Aduh ! Kelakar betul tengok muka dia. Dah tak rupa orang dah. Dengan mata sembapnya. Ni mesti menangis tak berlagu dalam bilik ni.

"Kau fikir kelakar ke ?"


"Qira !"

"Weh Faqira jangan macam ni."

"Ish tepilah !" Faqira menolak Aisyah yang menghalang laluannya. Laju kakinya melangkah menuju ke arah seseorang yang rancak berbual diselangi dengan gelak tawa. Hatinya kian membara tatkala melihat senyuman lelaki itu.

"Faqira !"

Dengan satu tolakan,Amirul yang tanpa sempat perasan apa-apa jatuh terduduk tatkala tubuhnya ditolak kasar. Wajahnya yang ceria bertukar bengis tatkala terpandangkan muka Faqira yang jelas tak berpuas hati dengannya. Namun sekarang dia pula yang tak berpuas hati dengan perempuan tu.

"Kau kurang ajar kan ?!"

Amirul bangkit sambil dibantu Fared. Berang dia dengan perangai Faqira yang kasar sebegini.

"Kau pahal ?"

"Kau tu yang pahal ! Kau sengaja je kan nak jatuhkan maruah aku ?!"

Amirul tergelak sinis."Kau merapu apa ni Qira-"

"Kau fikir lawak ke hah bodoh !"

"Faqira !" Aisyah menjerit saat kata-kata kesat itu keluar daripada bibir seorang Faqira. Rata-rata pelajar yang lalu-lalang turut terkejut dek tempikan daripada seorang pelajar yang dikenali baik dari segi akhlak serta tingkah lakunya.

"Kau jaja cerita dekat semua member kau yang aku menyundal dengan Razif ! Kau fikir aku macam kau ke hanat ?!"

"Faqira !" Aisyah menarik Faqira supaya menghadapnya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia lempang-lempang dua manusia ni.

"Tolong jangan jadi kurang ajar boleh tak ?"

"Tapi dia yang buat aku kurang ajar !"

"Tak betul ke apa yang aku cakap ?" Ujar Amirul sehingga menggamit perhatian Faqira dan Aisyah. Senyuman yang terpamer di bibir lelakinya jelas menunjukkan dia sedang mengejek. Tak dihiraukan dirinya dan Faqira menjadi mata-mata budak-budak sekolah.

"Aku cakap benda yang betul. Kau keluar berdua dengan dia..Kau lepak berdua dengan dia. Bercakap rapat-rapat macam korang dah kahwin. Kau balik pun kadang-kadang naik kereta mewah dia."Amirul tergelak sinis.

"Haih muda-muda dah jadi gold digger ! Kesian betul !"

"Tak guna ! Kau -"

Baru sahaja dia mahu menerpa Amirul,tubuhnya pantas ditarik ke belakang sebelum muncul susuk tubuh seseorang yang entah datang dari mana menolak Amirul dengan kasar ke dinding. Cukup membuatkan Faqira tergamam dan terkedu dengan adegan yang diluar sangkaannya.

"Ni dari Faqira untuk kau."

Buk !

"Ni special gift dari aku."

Buk !

"Dan ni-"

"Razif stop !" Jerit Iman Humairah dari jauh sebelum cuba menarik Razif menjauh. Namun Razif menepis tangan Iman Humaira sebelum mencerlung Amirul yang sudah cedera di bahagian bibir.

"Jadi manusia,biar berakal. Jangan jadi manusia bodoh. Kau ada otak letak dekat sini." Jari telunjuk Razif menyentuh dahi Amirul.

"Bukan letak dekat tapak kaki kau."

"Razif dah lah !"

Faqira menahan rasa tatkala terpandangkan Akak Iman Humairah yang bersungguh-sungguh meredakan Razif. Tak tahu lah nak kata macam mana tapi sumpah dia tak suka dengan akak tu.

Kenapa eh ?

Kenapa sejak akhir-akhir ni dia rasa macam tak suka semua orang ?

"Kau nak kata dia menyundal dengan aku. Kau ada selidik tak ? Ada pasang spy ?"

Amirul terdiam. Tak terkata dia dibuatnya tatkala diterpa oleh abang senior. Haaa baru kau tahu nasibnya !

"Asal diam bodoh ? Tadi kau yang bangga sangat kan konon kau tahu semua benda. Kau yakin dengan apa yang kau nampak. Kau tahu semuanya ke ?"

Razif mengetap rahang tanda berang tatkala Amirul masih diam memandangnya. Tadi dia yang lebih-lebih. Sekarang dah ketar lutut ?

"Kau tahu ke tak ?!"

"Razif sudah !" Iman Humairah menarik kasar Razif ke belakang. Sempat dia memandang Faqira dengan pandangan tajam. Seakan mahu memberitahu bahawa dia adalah punca pergaduhan ini.

"Kau gaduh dengan budak ni sebab Faqira pun tak ada guna kau tahu tak ?!"

Razif mendengus kasar sebelum jari telunjuknya naik menghala ke batang hidung Amirul. Suara budak-budak yang sedang mengata tentang dirinya tidak dihiraukan. Jangan ingat dia budak baru dia tak berani ?

"Kalau kau tak nak berkampung dekat ICU selama berbulan-bulan,balik ni aku nak kau bersihkan nama aku dengan Faqira." Razif mara setapak.

"Kalau kau tak nak setan aku keluar. Make sure everything has been clear." Bisiknya perlahan sebelum berlalu pergi. Sempat tangan Faqira ditarik memaksa mengikut langkahnya.

"Lepas lah !"

Razif melajukan langkah sebelum berhenti. Pandangannya tajam mencerlung Faqira yang turut berbalas renungan tak puas hati. Kemarahannya cuba diredakan sehabis mungkin. Cuba ditinggalkan di tempat pergaduhan tadi tercetus.

"Kau tak puas gaduh dengan aku,kau cari pasal dengan budak lain pulak ?"

"Tak payah nak sibuk !" Ujar Faqira dan langkahnya dibuka. Tak betah nak berperang mulut dengan Razif. Cakap-cakap pun dia juga yang kena tunding jari.

Siapa menang ? Dah tentulah Razif.

"Aku tak habis cakap lagi dengan kau !"

"Aku tak ada benda nak cakap dengan kau !" Tubuh Razif ditolak kasar. Hatinya menjadi sakit tatkala terkenangkan perilaku akak Iman Humairah yang bersungguh-sungguh meredakan Razif.

Tak tahu nak kata macam mana tapi sumpah dia cemburu. Cemburu sebab apa ? Tak tahu.

"Lately ni perangai kau macam setan kan ?" Tegur Razif berjaya membuatkan langkah Faqira termati. Sungguh dia terkedu dek selaran sinis lelaki itu. Air mata yang mahu bertakung sedaya upaya ditahan. Sungguh hati dia terguris.

"Jangan disebabkan aku,kawan-kawan kau jadi mangsa. Kau marah dekat aku,kau lepaskan dekat aku."

"Aku tak perlukan kau." Tubir mata dah terasa hangat. Menunggu masa untuk air mata menitis. Selama dia membesar,tak pernah walau seorang lelaki berkata sebegitu padanya.

"Tapi aku perlukan kau. Tolong jangan jadi ego. Kau mungkin kata kau tak perlukan aku. Tapi kau kena terima yang aku memang dah ditakdirkan untuk sentiasa ada dengan kau."

Penumbuk dikepal erat."Just ignore me like nothing. Kau fokus dekat akak Iman Humairah."

Razif mendengus kasar."Apa kaitan dia dengan kita ?"

"Sebab dia suka kau ! Tolong jangan kacau aku dan please,abaikan aku."

"Kau lari sejauh mana pun aku tetap dengan kau."

"Pergi mampus."

Setitis air mata Faqira jatuh sebelum dia bertindak meninggalkan Razif. Entah mengapa dia berkelakuan sebegini. Sakit hati. Cemburu. Terasa.

Semua.

***

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now