Bab 45

3.8K 198 5
                                    

"Ayah buat apa tu ?"

Aku tersenyum lalu kerusi di sebelah ayah aku duduk. Dah lama tak duduk berborak dengan ayah. Sibuk sangat dengan kerja dia.

"Ayah tengah tolong ibu kopek bawang."

Aku tergelak kecil. Boleh aku bayangkan betapa cemberutnya muka ayah bila tiap kali kena kupas kulit bawang. Selalunya kerja-kerja macam ni aku yang buat. Tapi sebab aku belum boleh nak biasakan diri dengan keadaan aku sekarang ni.

So beralihlah kepada ayah..

"Ikhlas ke tak yah ?"

Ayah berdecit sebelum dia merapat sedikit. Seakan mahu berbisik."Sikit la sikit. Ayah sakit pinggang ni nak lari kejap tapi ibu suruh ayah habiskan juga."

"Ahahaha..bagi lah Iya buat. Ayah ajarkan boleh ?" Ni bukan sebab aku tak reti nak kupas kulit bawang ye..Tapi sebab keadaan aku. Nanti bukan kulit bawang yang aku kupas,tapi kulit jari yang aku kupas.

"Tak payahlah."

"Tak apa. Meh sini alalng-alang Iya boleh biasakan diri memandangkan Iya sekarang dah duduk rumah." Aku mencari tangan ayah lepas tu pisau ditangannya beralih kepada aku. Seketul bawang aku ambik.

Buat slow-slow dan bayangkan kau tengah nampak.

Okey get it.

"Abang ada bagitahu Iya sesuatu tak ?"

Kening aku terjongket sebelah. Nak bagitahu apa. Dah dekat dua minggu dia tak call aku. Balik-balik tu hah,crush aku tu. Dia je yang rajin call aku malam-malam. Bila aku suruh dia bagitahu abang suruh call aku. Dia kata dia busy dan kadang-kadang dah tertidur.

Betullah aku cakap. Dia kalau dah struggle nak dapat pointer,orang yang penting pun dia lupa.

Dan aku ? Mulalah sendu kat rumah ni tunggu call daripada dia. Dahlah dekat dua bulan tak balik.

"Abang call ayah ke ?"

"Haah. Malam tadi."

Ouh. Kenapa dia tak nak call aku ? Aku ada buat dia marah ke ?

"Abang cakap apa ?"

Ayah diam. Bunyi kulit bawang yang berkeriuk bila dikutip membuatkan dahi aku berkerut. Hati mula rasa sesuatu.

"Ayah ?"

Ayah berdehem sekilas. Lagilah buat aku rasa tak kena. Kenapa ye dengan abang ? Dia nak bagitahu apa ?

"Abang cakap apa ?"

"Abang cakap,hujung minggu ni dia balik. Sem akhir dia dah habis hari ni last paper dia."

Aku mengangguk perlahan. Jap. Kenapa aku rasa tak happy ? Kenapa hati aku rasa pelik. Sepatutnya aku excited kan ? Abang nak balik kot. Aku rindu dia.

Tapi..

"Minggu depan dia dah start praktikal. Dekat Kedah."

Terus terangkat muka aku. Suara ayah yang datang dari kanan telinga membuatkan aku menoleh ke arah yang sama. Sumpah aku terkejut. Dia praktikal dekat Kedah ?

Selangor ke Kedah ?

Jauh kot.

Kenapa dia tak cakap dengan aku ?

"Berapa lama yah ?"

"Dua bulan sementara tunggu konvo ?"

Aku menundukkan wajah menahan sebak di dada. Hati aku terasa sangat-sangat. Berita macam ni lah aku paling tak nak dengar. Bila dapat tahu memang betul-betul sakit hati.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now