Bab 14

3.8K 227 1
                                    

"Abang.."

Kalut-kalut Razif menarik tubuh kecil itu lalu kepala Faqira diletakkan di riba. Dahi yang basah dengan darah itu di seka dengan tangan kecilnya yang baru disiram dengan air botol.

"Abang.."

"Aku kat sini." Luka yang bergaris itu ditiup perlahan sebelum ditekap dengan cebisan kain bajunya. Hati lelakinya gundah-gulana tatkala melihatkan keadaan Faqira yang teruk sebegini. Mahu sahaja dia menangis sekarang juga.

"Abang..Kepala Iya sakit."

Razif ketap bibir. Air mata yang jatuh disekanya. Tak betah melihat Faqira yang separa lemah ini.

"Tahan sikit. Jangan tutup mata."

"Sakit.."

"Aku kata jangan tutup mata lah !" Marah Razif tatkala melihat mata kuyu Faqira yang berkelip lemah. Seakan menunggu masa untuk tertutup sepenuhnya. Sebelah tangannya yang digenggam tangan kecil itu lagi membuatkannya tak keruan.

Faqira yang diam tak berkutik itu direnung dengan perasaan simpati. Lagi membuatnya sebak apabila kedengaran sayup-sayup suara anak kecil itu menangis. Menangis yang lebih kepada merintih.

"Jangan menangis." Pujuk Razif. Sesekali matanya meliar ke sekeliling. Mengharapkan pertolongan daripada orang awam. Namun hampa,lorong ini terlalu sunyi.

"Abang...Iya takut."

"Aku ada." Dahi Faqira yang luka ditekap dengan sekeping daun. Calar-balar di lengan anak kecil itu juga disentuh perlahan.

"Iya.."

Faqira mendongak dan matanya sedaya upaya cuba dibesarkan. Wajah Razif yang jelas tanpa senyuman itu membuatkannya gugup. Walaupun dia tahu Razif tak akan memarahinya tetapi sungguh dia benar-benar takut dengan lelaki ini...

"Kau percaya aku?"

Perlahan Faqira mengangguk. Razif terdiam lalu sepasang mata bundar Faqira ditenung. Terluah kata 'cantik' akan mata yang dimiliki oleh Faqira. Bibir cuba diukir dengan senyuman. Walau jelas sekali kelihatan kelat.

"Kalau kau percayakan aku,kau bertahan demi aku okay. Aku janji,tak lama dah.."

"Iya janji.."

Tubuhnya disandarkan pada batang pokok. Sayup-sayup telinganya mendengar dengkuran halus Faqira di riba. Langit yang mendung dan dihiasi dengan awan hitam direnung. Bersama senyuman nipis di bibir. Bersama segunung semangat di dada.

"Tak lama dah.."

Penumbuk dikepal erat."Sikit je lagi.."

Razif mengeluh kecil. Peluh dingin di dahi dan leher diseka. Sesekali matanya melirik pada wad pesakit di hadapannya. Masih terlekat kukuh akan kata-kata doktor sebentar tadi.

"Dia okay. Cuma saya harap awak bersabar sementara menunggu dia sedar."

Razif memejam mata sekilas."Doktor pasti dia okay ?"

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now