Bab 9

4.5K 243 3
                                    


Sejadah dilipat lalu disangkutkan di almari. Belum sempat telekung ditanggalkan,Faqira menerpa ke katil. Telefonnya yang berbunyi tak berhenti daripada tadi menggamitnya untuk diangkat. Lantas skrin dihidupkan.

5 missed called from 011-64******

"What ?" Faqira tersentak. Siapa pula call dia malam-malam macam ni. Dah nak dekat pukul sepuluh pula tu. Tak ada kerja ke ?

Telekung ditanggalkan,baru sahaja dia mahu sangkutkan di ampaian telefonnya sekali lagi berbunyi. Pantas saja dia menjawab panggilan itu.

"Hello ?"

"Assalamualaikum." Telefon dijauhkan daripada telinga. Bait-bait nombor telefon itu dibaca semula. Takkan lah ?

"Razif ?"

Razif ketawa dari dalam talian. "Hai,Rose.."

Razif ke ? Seriously ? "Mana kau dapat nombor aku ?"

"Come on lah Rose..Kau duduk dekat bumi bukan dekat Marikh. Lainlah kau ni alone?"

Penumbuk dikepal. Kalaulah dia ada dekat depan dia sekarang ni,memang lunyai muka dia. Nak kutuk-kutuk pula.. Seligi kepala baru hang tau !

"Kau nak apa call aku malam-malam ni ? Kacau je aku."

"Rose..Esok aku nak ajak kau keluar. Kau siap-siap okay ? Around 10 sharp aku sampai."

"What ?" Berasap telinga Faqira dibuatnya. Selamba betul dia ni. "No okay no ! Esok aku nak duduk rumah. Aku malas nak keluar."

"Ada aku tanya kau nak ikut atau tak ?"

"Razif !"

"So no excuses okay. Esok aku ambil."

Eeii mamat ni ! Wayar otak putus ke ?! Aku ni siapa sampai dia nak arah-arah ?! Hah ?! Haih ni yang buat aku panas ni !

"By hook or by crook ! Aku. Tak. Nak. Pergi. Get it ?"

Razif tertawa lagi. Kali ni lebih kepada sarkastik bunyinya."Really Rose ? Kau lupa ke yang kau tak boleh bantah aku ?"

Faqira tergelak sinis."Asal pula ? "

"Sebab parents kau percayakan aku. So..Kau tak boleh nak bantah. Get it ?"

Faqira mengetap gigi."Kau -"

"Hwaaa aku dah mengantuk Rose. Esok aku datang. Sleep tight okay."

Belum sempat dia mahu membalas,talian terlebih dahulu dimatikan. Lagi membuatnya semakin membara. Hati panas tiba-tiba. Kipas angin pun macam dah tak berfungsi.

"Datang lah besok. Memang tak aku nak keluar dengan kau."

Faqira tersenyum sinis. Telekung segera disangkut lalu langkahnya laju berlari ke tingkat bawah. Ruang tamu yang gelap dan hanya disinari dengan cahaya dari kaca televisyen membuatkan senyumannya lebar.

Klik !

Lagi membuatkan anak mata Faqira bersinar-sinar."Wahh makan kuaci tak ajak !"

Faqira terus melompat di atas sofa. Satu kuaci diambil."Wahhh Malificent ! Kenapa abang tak panggil Iya."

Fiqri mengangkat muka."Abang ingat Iya dah tidur. Bilik gelap semacam je."

"Mana ada. Iya tengah solat lah tadi.

Jam di dinding dipandang. Alahh dah lebih 15 minit. Ni Razif punya pasal lah ni ! Kan dah terlepas babak opening tadi.

"Tak ada kerja sekolah ke ?"

The Rose [ C ]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ