Bab 33

3.6K 200 6
                                    


Tangan naik menompang dagu sambil pandangan dilempar jauh menembusi dinding bilik. Berkali-kali hela nafas yang kedengaran berat dihembuskan. Fikirannya tika ini melayang memikirkan tentang semua orang di sekelilingnya. Ayah,ibu,Razif.

Kawan-kawannya ?

Dia mengeluh lagi sebelum menjatuhkan kepala di atas meja. Sedang asyik melayan perasaan,terdetik sesuatu di fikiran membuatkan Faqira tersentak. Dia memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Berkira-kira sama ada dia perlu atau tidak untuk meneruskan rancangannya.

'Pergi je Qira. Kalau bukan hari ni bila lagi ?'

Dia menapak keluar lalu menuju ke bilik tidur ayah dan ibu. Ibu dan ayah awal-awal dah keluar. Abang Fiqri ? Mungkin tidur agaknya.

Tombol pintu dipulas lalu segera dia meloloskan diri. Pandangannya serta-merta tertunak pada satu almari yang menjadi sasarannya. Tanpa membuang masa,pantas dia menyelongkar almari yang besar lagi lebar itu. Habis setiap ceruk di cari sebelum kelakuannya terhenti tatkala terpegang satu fail tebal berwarna biru gelap.

"Apa ni ?" Omelnya perlahan namun diteruskan juga membuka fail tersebut untuk mengetahui intipatinya. Satu kertas tebal ditarik keluar dan bebola matanya bergerak meniti setiap aksara yang tertera.

*Sijil Surat beranak*

Nama: Rose Faqira Binti Zainuddin

Tarikh Lahir: 31 Disember

Masa lahir : 11:58 pm

Tempat lahir : Hospital Kuala Lumpur.

Tubir mata dah terasa hangat. Satu dokumen yang juga diselitkan bersama ditarik keluar.

*Sijil Surat beranak*

Nama : Nur Faqira Ainina Binti Ahmad

Tarikh lahir: 31 Disember

Masa lahir : 11:58 pm.

Tempat Lahir : Hospital Kuala Lumpur.

Tubuh dah terasa menggigil kecil namun dipaksakan juga untuk meneruskan pembacaan. Air mata yang sudah bertakung di seka dengan ibu jari. Dokumen seterusnya ditarik.

Satu-persatu butir perkataan dibaca tentang syarat-syarat dan pengesahan pertukaran tanggungjawab. Yang jelas di dalam surat tersebut mengesahkan bahawa dirinya telah bertukar pemilik kepada lelaki yang bernama Ahmad Bin Ali,ayah dia.

Masih tidak tahu punca kenapa dirinya menjadi anak angkat ayah dan ibu yang selama ini dianggap bahawa mereka adalah darah dagingnya sendiri. Entah mengapa dia terlalu takut untuk mengetahui kebenaran. Kalau boleh dia nak cari bukti sama ada benar atau palsu Razif Zikry Bin Zainuddin adalah abang kandungnya atau pun ianya rekaan semata-mata.

Ya bukti tu perlu cari !

Faqira menyelak helaian demi helaian yang tidak menarik minatnya untuk membaca. Selak punya selak,tindakannnya terhenti pada sekeping gambar yang cukup membuatkannya terdiam. Sekeping gambar yang memaparkan sepasang pasangan kembar ketika waktu kecil. Namun tangan Faqira terlebih dahulu mencapai dokumen yang disertakan sekali dengan gambar itu.

Air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya mengalir jua dengan laju. Menitis-nitis di atas peha. Satu kenyataan yang cukup menghentam hatinya. Sakit apabila kebenaran diketahuinya akhirnya.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now