Bab 29

3.4K 191 2
                                    

"Rose !"

Faqira melajukan langkah tanpa tahu ke mana destinasi yang hendak dituju. Tak kisahlah kalau kat depan tu ada parit ke sungai ke gaung sekali pun. Asalkan dia boleh larikan diri daripada lelaki yang telah tersenarai dalam kategori lelaki yang dibenci.

Tak kisahlah walaupun lelaki itu pernah berbuat baik dengannya.

Benci tetap benci !

"Rose !"

"Rose Faqira !"

Razif yang secara tiba-tiba berhenti di hadapannya secara melulu membuatkan Faqira terlanggar tubuhnya. Sebelum tergolek ke bawah curam jauh daripada kawasan jalan raya tadi.

Ada sebuah pokok di hadapannya dan tanpa sempat Faqira mahu mengelak kepalanya terhentak kuat pada batang pokok. Samar-samar dia melihat susuk tubuh Razif yang terdampar tidak jauh daripadanya sebelum dia rebah.

***

"Abang..Jom beli pisang goreng kat sana ?"

Fiqri menggeleng tanda tidak mahu. Tangannya yang dipegang Faqira dibiar sahaja. Sedangkan dia lagi kusyuk bermain permainan Lego yang baru dibeli ayah semalam. Seronok dapat main Lego. Lagi-lagi yang ninjago punya.

Fuhhh best !

"Alaa abang..Jom lah !"

"Ishh ! Pergilah minta duit kat ibu."

Faqira mengangguk sebelum berlalu masuk ke dalam rumah semula. Setelah meminta duit daripada ibu,lantas dia kembali pada abangnya lalu duit tersebut ditunjukkan dengan seronok. Tak sabar nak makan pisang goreng yang mak cik depan sana tu jual.

Fiqri mendengus kecil sambil memandang gerai Mak Ani yang kelihatan tidak jauh daripada taman mini di hadapan rumahnya. Lego ditangannya kembali dimainkan.

"Iya pergi sendiri lah. Dekat je pun."

"Tapi-"

Duit di tangannya diambil lalu digulung-gulung sebelum dimasukkan kembali ke dalam genggaman tangan kecil Faqira. Senyuman memujuk yang ditayangkan Fiqri membuatkan Faqira diam memandangnya.

"Iya pergi beli sendiri tau. Abang tunggu kat sini. Ingat,lepas beli terus lari pergi sini. Jangan ikut orang yang Iya tak kenal. Faham ?"

Kepala diangguk perlahan."Okay !"

Kepala Faqira diusap perlahan."Abang tunggu sini. Jangan beli banyak-banyak. Beli dua ringgit. Beli berapa ?"

"Dua ringgit."

"Bagus..Dah pergi." Fiqri menghantar pemergian susuk tubuh kecil adiknya yang mencicit lari ke gerai Mak Ani. Comel je dia tengok. Cenonet walaupun dah darjah dua.

Tak berkelip Faqira memandang kepulan-kepulan asap daripada pisang goreng yang masih panas itu. Dia menunggu dengan penuh sabar pisang gorengnya dibungkus. Nampak pula air mangga kat situ. Nak beli,abang kata beli pisang dua ringgit je.

Tak payahlah.

"Nah Iya." Mak Ani menghulurkan plastik bersama seketul pisang goreng di tangannya. Faqira yang melihat termangu seketika sebelum tawa Mak Ani terhambur. Kelakar tengok budak kecik lapar macam ni.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now