Bab 7

4.8K 269 10
                                    


Dahi digosok perlahan sebelum pantas dia mendapatkan Razif. Seorang lelaki dewasa yang baru turun dari motor segera menghampiri mereka berdua. Terpancar riak kesal di wajahnya.

"Hok aloh mung ni. Dok mai litah ja gapo ?"

Faqira membantu Razif bangun. Tercengang apabila mendengar dialek lelaki tu."Maaf bang. Tadi saya rushing."

"Mung okay dak ?"

"Kitaorang okay bang. Maaf sangat-sangat."

"Lain kali hok litah tu toleh-toleh sikit. "

Faqira merenung Razif yang terkebil-kebil. Tak tahu pasal apa tapi sumpah kelakar muka dia. Abang ni pula macam tengah rushing je.

"Maaf lah. Bape yya nak buat ganti rugi ?" Lelaki tu meraba-raba poket belakang seluarnya sebelum dia mengeluh. "Hok aloh." Beberapa keping duit seringgit dikira.

"Abang ada 4 yya ja. Boleh dak ?"

"Eh tak apa bang. Kitaorang okay." Faqira tersenyum nipis. Rasa bersalah pula padahal dia yang cuai. Razif ni pula diam je dari tadi.

"Sungguh ?"

"Ye bang kitaorang okay. Maaf ye."

Lelaki itu menyeka peluh di dahi."Nasib tak kelecak baghak."

Lelaki itu mengangguk dan terus menuju ke motornya. Faqira menarik lengan Razif dan bus stop kembali dihampiri. Lelaki itu hanya diam bersama kening terjongket sebelah.

"Kau okay tak ?" Razif menunduk."Tangan aku terseliuh sikit. Tapi okay lah kot."

Tangan Razif ditarik. Ada kesan calar dan berwarna merah. Ni mesti bengkak kejap lagi ni.

Faqira merenung Razif yang mengurut tangannya. Spontan dia tergelak kecil sehingga menarik perhatiannya. Lucu pula terbayang abang yang kalut tadi dengan respon yang tak memuaskan daripada Razif. Abang tu punya risau tahap gaban boleh pula dia blur.

"Kenapa kau senyap tadi ?"

Razif terdiam dengan dahi berkerut. Barangkali sedang memikirkan tentang soalan itu sebelum dia tertawa kecil. "Abang tu cakap ganu. Aku mana faham."

"Hahaha kesian abang tu. Dia tanya kau,aku yang jawab."

Kening dijongket sebelah."Habis tu ? Kau nak suruh aku balas ? Buatnya aku main sebut je dan tak kena dengan negeri dia. Mahu penumbuk hinggap kat muka aku."

"Halah chill lah. Kau cakap bahasa kau dah lah."

Razif mendecit. Geram pula dengan budak sorang ni. Tak faham soalan ke ?

"Dah aku tak faham dia cakap apa. Takkan aku nak jawab ? Aduh kau ni boleh tahan lembap juga kan ?"

"Hey !"

***

Tali beg dibetulkan. Faqira menghadiahkan senyuman apabila terserempak dengan sesiapa yang dia kenal atau yang mengenalinya. Melingas bebola mata memandang suasana di pagi hari.

"Qira."

Faqira menoleh. Tersentak dia apabila Tashriq sedang berjalan ke arahnya bersama satu beg kertas kecil. Senyumannya dibalas dengan senyuman kecil. Hati berdebar-debar tak menentu.

"Nah." Faqira tergemap. Dipandang beg kertas yang dihulur dengan riak polos. Sukar untuk dia percaya. Tashriq ? Bagi dia ?

"Apa ni ?"

Tashriq tersenyum."Bagi dekat Rabiatul. Cakap dekat dia Happy Birthday."

Zass !

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now