Bab 31

3.6K 163 4
                                    

I'm get tired of this

😔

***

"Aku dah kata jangan lari kau degil nak mampus juga apahal ?!"

"Faqira !"

Bam !

Faqira mengerekot kesakitan saat tubuhnya dihempas ke dinding. Sakit yang terasa sehingga ke tulang membuatkan air matanya mengalir keluar. Sungguh betapa sakit dan perit yang dirasakan pada tubuhnya.

"Kau degil pahal ?! " Tubuh Faqira diangkat tinggi. Jelas terpamer wajah bengis Ajiq yang sedang menahan geram. Rakannya yang melihat hanya mampu menggeleng kepala.

"Lepaskan adik aku !"

"Pergi mati dengan adik kau !"

Bam !

Kepala terasa berpinar-pinar saat berlaku hentakan kuat pada dinding. Darah yang mengalir keluar dari hidung mengalir menurun ke bibir. Kini terasa seluruh sendi-sendinya terasa ringan bagaikan dia sendiri tidak dapat merasakannya sendiri.

Namun digagahkan jua memandang Razif walaupun penglihatannya terasa kabur. Mahu menjerit memanggilnya, suara bagaikan tak terkeluar.

Razif yang melihat bertindak agresif. Laju dia menerpa ke arah Ajiq sebelum menolak kasar tubuh lelaki itu sehingga terdorong ke belakang. Dia mara mendapatkan Faqira yang tika itu dalam keadaan separuh sedar.

Hampir dia mahu menangis di situ juga.

"Iya.."

"Kau blah !"

"Jangan pukul adik aku !"

Razif bangkit lalu menghayunkan kakinya tepat ke betis Ajiq. Namun tak memberi kesan apabila tubuhnya pula diangkat dan dicampak ke atas katil. Serentak seluruh tubuhnya terasa sengal membuatkannya terbatuk kecil.

"Kau dengan adik kau ! Layak mati ! Menyusahkan aku ! Bodoh !" Tempik Ajiq sebelum bertindak mengangkat tubuh kecil Faqira.

Razif yang melihat mulai kalut saat tubuh Faqira dibawa pergi. Digagahkan juga dirinya untuk mengejar langkah lelaki yang bersifat syaitan.

"Iya !"

"Kau duduk sini diam-diam!" Tubuhnya ditahan rakan Ajiq. Berkali-kali dia melawan namun tak berkesan. Walau apa cara sekali pun. Dia takkan biarkan Faqira terkorban.

"Argghhh !" Razif menendang lelaki itu setelah melepaskan gigitan sekuat hatinya pada telinga lelaki itu. Laju dia berlari menuju ke sebuah bilik yag tertutup rapat sebelum dibuka kasar.

Hampir terbuntang matanya saat melihat adik sendiri hampir ditelanjangkan oleh lelaki bersifat syaitan itu. Matanya meliar mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata sebelum dia tertancap pada serpihan kaca.

Walaupun dia terlalu takut untuk bertindak sedemikian,namun..

Dia terpaksa.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now