Bab 18

3.8K 222 10
                                    

Maaf korang sbb lama tak update. Sis menghadapi krisis writers block sampai dua minggu. Maaf kalau bab ni bosan.

Kelopak mata dikelip lemah seiring menahan kantuk yang mula bermaharajalela di pagi yang hening. Mulut sedari tadi tak henti-henti menguap. Pandangan serasa kabur jelas menandakan bahawa dia tersangatlah mengantuk sekarang ni. Nak tidur,baru pukul 10 pagi. Nanti bergegar rumah ni dengan teriakan ibu.

"Iya !"

See ? Baru je sebut tadi. Alahai malasnya nak turun bawah. Nak buka mata pun hidup segan mati tak mahu !

"Iya !"

"Ya Ibu ! Iya kat atas !"

"Turun cepat tolong ibu masak kejap lagi ada tetamu nak datang !"

"5 minit ibu !"

Anak patung unicorn ditekap dimuka. Dia harus memanfaatkan masa walaupun hanya 5 minit. Dapat lelap sesaat pun dah bersyukur dah.

***

Terasa ada tangan seseorang mengelus rambutnya,pantas dia tepis sambil merengus kecil. Sesaat kemudian, rambutnya dielus lagi mengganggu ketenteramannya yang mahu lelap.

"Ish !" Kelopak mata dicelik perlahan dan terkelip-kelip lemah menandakan kantuknya masih belum pudar. Figura seseorang yang sedang tersenyum di hadapan di pandang lesu.

"Rose.."

Anak mata bertentang dengan sepasang mata bundar itu,merenungnya lama sebelum senyuman lelaki itu semakin lebar. Bebola matanya bergerak memerhatikan seraut wajahnya.

"Razif ?"

Lambat memproses apa yang sedang berlaku,spontan Faqira terbeliak. Tangan segera diletakkan di atas kepala menutup rambutnya yang terdedah. Macam mana dia boleh masuk bilik aku ?

"Kau -"

Kepala ditoleh ke arah pintu yang tertutup rapat. Adrenalin mula mengalir laju dalam darah. Tanpa aba-aba,

"Arghhhhhhhh !!!!"

"Ya Allah Iya !"

"Arghh !"

"Iya bangun,astaghfirullahalazim !"

"Argh-"

Pak !

Terkujat tubuh Faqira dek terkena tamparan kasih sayang di pipi sekali gus menyedarkannya daripada lena. Siling putih di atas ditenung dengan perasaan gemuruh. Dada berombak laju seiring dengan mata terkelip-kelip sebelum diganti dengan wajah ibu yang sedang bercekak pinggang. Gaya sedang menahan bengang dengan anak daranya yang satu ini.

"Ibu-"

"Ibu punyalah tunggu Iya kat bawah,kata 5 minit ! Yang Iya pergi tidur ni kenapa ? Eii !" Laju tangan Ibu mencubit pipi Faqira membuatkan gadis itu mengaduh kecil. Orang tengah mamai macam ni terus kena bambu. So pathetic !

"Hehehe sorry bu,Iya terlelap."

Ibu mencebik."Sorry-sorry. Dah lah menjerit,buat terkejut ibu je tahu ! Dah bangun,cuci muka lepas tu turun bawah. Jangan lupa pakai tudung ada tetamu kat bawah. "

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now