Bab 5

5.8K 286 23
                                    


Jejak sahaja kaki kiri ke lantai, langkahnya terpasung seketika. Terbuntang matanya menatap seseorang yang berada di ruang tamu. Sedang berbual mesra dengan si ayah. Dan saat dia terkaku,lelaki itu mengangkat muka memandangnya bersama senyuman di bibir.

"Hai Qira.."

Tubuh dibalikkan. Pantas sahaja dia menuju ke dapur. Tubuh Fiqri yang kebetulan berada di peti ais didapati. Jantung serasa berdegup laju. Rasa nak meletup. Adakah dia sedang bermimpi tika ini ?

Tolong kata ya !

"Abang." Fiqri tersentak apabila air yang dipegangnya tertumpah. Terkejut dengan sergahan Faqira secara tiba-tiba.

"Iya ! Apa ni ?" Tisu diambil lalu baju kemeja hitamnya yang basah dilap. Dah lah pagi ni dia ada perjumpaan dengan lecture. Habis rosak baju dia.

"Sorry abang..Ni Iya nak tanya ni. Siapa kat depan tu ?"

Fiqri tersentak. Gelas yang sudah dibilas disangkut di rak pinggan."Razif lah. Kawan Iya kan ? Takkan Iya tak kenal."

Lagi buat jantung serasa mahu tertanggal dari tangkainya. Abang dia pun kenal Razif ? Lelaki tu ?

"Kawan Iya mesti Iya kenal. Dan macam mana abang boleh kenal ? Tu..Ayah sembang dia tu fuh bukan main rancak. Ayah kenal dia ke ?"

Fiqri yang mendengar tergelak kecil. "Iya merapu apa ni ? Razif kan kawan Iya. Ibu,ayah,abang. Semua kenal dia."

"Hah ?" Fiqri membetulkan tali leher maroon di lehernya. Wajah Faqira yang jelas dalam kebingungan menggelikan hati lelakinya. Namun kesuntukan masa menjejaskan niatnya yang mahu mengusik.

"Dah-dah. Abang dah lambat dah ni nak pergi KL. Nak jumpa pensyarah abang."

Faqira segera memintas langkah Fiqri yang mahu berlalu pergi. Tubuhnya ditilik dengan riak tak percaya."Wait. Abang hensem-hensem macam ni..Nak pergi jumpa pensyarah abang ?"

"Ye lah."

"Habis ?" Faqira menilik tubuhnya yang sudah lengkap berpakaian blouse bercorak bunga-bunga kecil. Bertudung bawal cotton senada dengannya. Hati tiba-tiba rasa ragu-ragu.

"Buat apa abang suruh Iya siap-siap ? Abang nak suruh Iya teman abang ke ?"

"Eh memang tak lah abang nak bawa Iya. Ni hal budak-budak kolej. Memanglah abang suruh Iya siap-siap. Tapi bukan keluar dengan abang."

" Dah tu ?"

"Dengan aku,Qira."

Faqira menoleh.

***

"Janganlah buat muka. Senyum sikit.."

Faqira mendecit. Pandangan tajam dilempar buat Razif yang sedang ber riak bersahaja. Seakan mengaku tidak bersalah. Lagi lah buat Faqira rasa mendidih. Rasa nak lempang-lempang je si Razif ni.

"Aku nak tanya kau ni."

Razif tersenyum halus. Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi batu yang terletak berhampiran tasik. Faqira juga berbuat demikian tetapi jarak kedudukannya di hujung-hujung kerusi. Geram pun geram juga. Tapi kena duduk dulu. Lenguh pula kaki ni berdiri.

"Tanyalah.."

Faqira menarik nafas."Kenapa kau buat aku macam ni ? Macam mana kau tahu rumah aku ? Macam mana kau boleh kenal ayah aku ? Abang aku ? Family aku ? Kau siapa ? Kenapa ayah aku senang-senang je nak lepas kan aku keluar sedangkan aku dengan kau cuma kawan. Atau lebih tepat kawan baru. Selama ni,ayah aku memang tak izinkan aku keluar dengan mana-mana lelaki selain dia dan abang aku. Dan kenapa,ayah aku percaya kan kau ?"

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now