Bab 11

4.9K 229 3
                                    

Angkat sahaja muka,pandangan terus berpusat pada susuk tubuh Razif. Yang sedang berbual dengan Cikgu Ahmad dari jauh. Tapi kalau dibuat kiraan jarak dengan tepat,sekali pusing rasanya Razif boleh nampak dia secara terus.

"Weh korang..Lalu jalan belakang jom." Tangan Aisyah dicengkam. Serentak Cik Zul dan Iylia menoleh. Rabiatul dan Afiy dah jauh ke depan. Haih jalan menonong dua orang budak tu.

"Kenapa pula nak lalu belakang ? Kita dah nak sampai dewan kan."

Faqira kelu lidah. Nampak gayanya Razif seakan mahu menghabiskan perbualannya. Sebolehnya dia tak mahu terserempak dengan Razif. Bukan sebab apa tapi sebab dia malas nak layan !

"Alaa sekali sekala jalan jauh. Bukannya datang-datang terus kena segak pun kan. Jom lah.." Faqira memancing simpati Aisyah. Harap sangat dia boleh faham situasi aku.

"Tak nak lah." Iylia memeluk lengan Cik Zul memaksanya berjalan. Nak gerak ke dewan lalu jalan belakang ? Eeii nak jadi anak dara peronda ke ?

"Alaaa Iylia ! Weh korang !" Kaki dihentak geram sambil merengus kasar. Selamba badak betul budak kecik tu jalan dengan Cik Zul. Rabiatul dan Afiy dah hilang ke mana entah. Laju betul diorang jalan. Tahu lah yang train segak tu abang senior hot.

Pantang tau diorang ni !

Dalam dia merengus,Razif segera memusingkan tubuh untuk meneruskan langkah. Faqira mula berubah kalut. Aisyah disebelah sudah menjongketkan kening sebelahnya. Dia tahu apa yang sedang berlaku sekarang tapi Aisyah sengaja buat-buat tak tahu ! Arghh mencii yaa korang ni !

"Aisyah jom !"

"Weh -"

Faqira tersentak apabila lengannya ditangkap. Aisyah di sebelah tersenyum nipis sambil menjeling tangan Faqira. Dia yang blur mula mengalihkan mata sebelum pandangannya tertunak pada senyum sinis seseorang. Statik dia terbuntang.

"Aisyah..Aku nak pinjam Qira jap boleh ?"

Aisyah tanpa rasa simpati tersenyum jahat lalu laju tangannya direntap daripada pegangan Faqira. "Eh boleh apanya tak boleh."

"Qira..Jumpa kat dewan. Take care." Usik Aisyah sebelum meloloskan diri. Sekelip mata sahaja sudah hilang susuk tubuh yang berbaju sukan kuning tadi. Perghh ! Hampeh punya member.

"Ehem,Rose.."

Tangan direntap laju. Tanpa isyarat,tubuhnya ditolak supaya berhadapan dengan Razif. Lelaki itu melemparkan senyuman manis seperti selalu. Tapi tika ini sangat menyakitkan hati Faqira.

"Nak apa ?"

"Kenapa kau tak jawab call aku malam tadi ?"

Tangan naik memeluk tubuh. Bibir tersungging senyuman menjengkelkan dan sempat matanya mengerling sekilas akak senior yang berada tidak jauh daripada mereka. Seakan tahu-tahu ada yang terasa. Lebih baik dia habiskan cepat urusan dia dengan Razif.

"Penting ke ?"

Razif mendecit."Kalau aku kata penting ?"

"So tell me now. Apa yang penting sangat tuh ? Boleh cerita dekat sini. Here or never." Kening sengaja dijongket tinggi. Tapi saat terpandangkan bibir Razif yang terlakar cantik,serta-merta darah gemuruh mula menyerbu. Ya Allah dugaan !

Razif tersenyum. Buku ditangannya dibawa ke dada. Wajah cemberut Faqira direnung. Tak banyak perubahan berlaku melainkan perangai gadis itu berubah sedikit.

"Haih..Kalau setakat nak bazir masa aku layan kau yang termenung. Lebih baik aku pergi dewan. Ada abang hot kat situ."

"Aku hensem juga apa ?"

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now