Bab 8

4.7K 252 4
                                    

Surat ditangan dipandang bersama cebikan di bibir. Keluhan kecil dilepaskan sebelum pemadam dicampak masuk ke dalam pensel case. Berbakul-bakul omelan dihamburkan dalam hati.

"Awat awal noh dia buat hari sukan ni ?"

Faqira mencebik."Memang tak lah aku nak masuk acara."

"Betul tu." Sahut Iylia. Surat pengumuman tentang hari sukan yang bakal diadakan tak lama lagi sudah cantik dilipatnya membentuk origami love. Haih nakal budak ni.

"Aku nak mai tapi tu lah hang tau kan yang kita tak dibenaqkan cabut lari." Rabiatul bangkit daripada kerusi lalu menghampiri meja Faqira dibuntuti Cik Zul. Afiy pula dah duduk dekat meja Aisyah.

Oh ye Aisyah tak datang lagi hari ni. Tak pasti sama ada dia sakit ataupun sebab dia nak elakkan diri daripada mereka berlima.

"Lompat pagar,lari 100 meter, lompat jauh..Then ?"

"Maskot Rumah sukan."

"Bruhhh.." Cik Zul mencebir. Sapu tangan digigit-gigit tanda geram. Ni lagi satu kembar arnab. Sikit-sikit nak gigit sapu tangan. Apa yang sedap gigit kain tu ? Kalau bertukar jadi ayam ke tak apa lah juga.

"So the conclusion is,aku tak nak datang." Putus Faqira. Surat itu dilipat dua lalu diselit ke dalam buku ekonomi yang selalu dibawa tanpa dimasukkan dalam beg. Nanti angin tiup,buku terselak,surat pun terbang. Yeay..

"Alaaa..Jom lah datang awak. Tak payah masuk apa-apa. Kita tengok je."

"Aku datang." Rabiatul tersenyum lebar. Tangan naik menekup pipi menggambarkan perasaan terujanya."Aku nak tengok Tash lompat tinggi.."

"Dah agak dah..." Iylia menjongket keningnya berkali-kali. Macam lah tak tahu senyuman Rabiatul kalau sebut pasal crush dia.

Faqira menunduk. Walaupun dia sedikit cemburu, tapi sedaya upaya dia cuba usir jauh semua tu. Dia masih sayangkan Rabi. Kalau setakat bergaduh hanya sebab lelaki, sorry to say but,It was not our principal. Awal-awal Aisyah dah pesan. Kalau nak gaduh semata-mata sebab lelaki,boleh surrender awal-awal dan sila keluar daripada group.

Because we need each other kalau setakat nak gaduh pasal benda remeh. Better lupakan. Dah elok-elok boleh happily ever after dengan kawan,kau buat hal. Kau hadap lah sendiri masalah tu. Time tu baru kau nampak sama ada crush kau atau kawan kau sendiri yang sentiasa ada.

Ha fikir !

"Untung lah Rabi..Datang pun nak tengok Tash. Aku ni datang nak buat apa ? Melangok kat tepi padang tu." Rungut Faqira. Jari telunjuk tiba-tiba nakal pergi cucuk pinggang Iylia. Terjerit budak kecil tu jadinya.

Apabila Iylia mahu menyerang balas,pantas Faqira menutup kedua-dua belah pinggangnya sebelum dua-dua terkekek. Terhibur dengan perangai tak matang masing-masing.

"Aku tak buat kau kan ?" Iylia tersengih menahan tawa. Jarinya diacah-acah mahu mencucuk namun pantas sahaja tangannya ditepis.

"Alah..Ada ubi ada batas ada lori aku balas."

"Eh ?" Cik Zul ternganga sebelum laju tangannya mendarat di atas kepala Faqira dengan lembut. Rabiatul dan Afiy masing-masing dah bantai gelak. Faqira pula terkebil-kebil. Dia ada salah cakap ke ?

"Salah tu awak. Ada ubi ada batas,ada hari aku balas. Mana ada pepatah ada lori aku balas. Aduhh kelakar lah awak ni."

Faqira ternganga."Ouh hahahah ya Allah malunya aku !"

"Hahahaha.."

Pepatah apa benda lah yang dia cekau ni. Ada lori aku balas ? Adehh nak balas macam mana ?

The Rose [ C ]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz