Sinopsis, Prolog, Watak

34.2K 613 41
                                    

[ Sinopsis ]

Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYED MARLOUIS AIRIEL dijadikan anak angkat dalam keluarga Eira dan Hanif. Layanan mereka sekeluarga kepada Louis saling tidak tumpah seperti anak sendiri.

Perangai Louis yang suka menyendiri itu menarik minat si comel MEDINA HAURA dan FARHAN RIYAZ untuk mendekatinya. Usaha punya usaha, mereka berdua berjaya tumpaskan si dingin dan menjadi kawan baik sehingga mereka tamat sekolah menengah.

Dapat sahaja keputusan SPM, Louis mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran keluar negara tanpa pengetahuan Medina.

"Pergilah! Aku tak halang pun kau nak pergi. Kejarlah impian kau. Tinggalkan aje aku dekat sini. I'm nothing to you."
- MEDINA HAURA

Dengan hanya gelang persahabatan yang dihadiahkan oleh Louis kepada Medina, cukup untuk Medina hilangkan rindu selama lima tahun lamanya.

Selama lima tahun itu, Medina bercinta dan putus. Bercinta lalu putus. Bercinta lalu putus. Itu sahaja terjadi bila Medina cuba untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni? Bila kau nak setia, Medina?"
- FARHAN RIYAZ

"Aku hanya setia pada dia, Farhan."
- MEDINA HAURA

Medina dikejutkan dengan kepulangan tiba-tiba Louis bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya. Bagi Medina, gadis itu jauh lebih cantik darinya. Rindu dia pada Louis kian terubat namun dalam masa yang sama hatinya hancur berkecai.

"Louis nak kahwin dengan Fatin."
- SYED MARLOUIS AIRIEL

Hancur.

Itu sahaja yang dapat digambarkan.

Medina kian berubah. Tiada siapa yang mampu memujuk Medina.

"Aku terima nikahnya..."
- SYED MARLOUIS AIRIEL

Bagikan mimpi, semuanya berubah 360 darjah.

Nak tahu apa jadi selanjutnya? Semuanya akan dijawab didalam Cinta Medina Haura!

[ Prolog ]

Medina merengus kasar apabila bekas teman lelakinya yang baru sahaja minta putus beberapa minit yang lalu mesej dia mengarahkan Medina memulangkan segala barang yang lelaki itu beri pada dia.

"Buruk siku siut," rungut Medina. Farhan yang sedang hendak memarkir kereta ke garaj itu mengerling kearah skrin telefon bimbit Medina.

"Putus lagi?" soal Farhan sambil mata memandang ke cermin kereta sisi. Saat kereta itu berhenti, sekaligus kedua mereka keluar dari kereta.

"Ya." Medina membalas. "Semuanya salah kaulah. Kau pun tahu aku nak pergi date kan? Yang kau spam call aku tu dah kenapa? Tak pasal-pasal jantan buruk siku tu cemburu buta," marah Medina pada Farhan. Farhan buat muka.

"Apa pula salah Far? Manalah aku tahu dia tu cemburu buta. Adik je pun, takkan itu pun nak cemburu? Entah apa-apa aje."

"Itu kau yang cakap. Alah, lagipun dia dah tahu aku ada skandal. Aku tak kisah pun sebenarnya bila putus dengan dia. Janji aku happy tak sengsara couple dengan mamat entah apa-apa tu." Kata-kata Medina itu membuatkan Farhan mengeluh berat.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now