Bab 5

10.4K 525 68
                                    

LOCENG terakhir sebelum rehat berbunyi menandakan waktu rehat pelajar menengah rendah sudahpun bermula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LOCENG terakhir sebelum rehat berbunyi menandakan waktu rehat pelajar menengah rendah sudahpun bermula. Kesemua pelajar menengah rendah mula beransur keluar dari kelas mereka kerana mereka tidak dibenarkan berada didalam kelas ketika waktu rehat sedang berlangsung.

Farhan dan Imran juga lekas keluar dari kelas selepas latihan yang diberi gurunya telah siap. Ada segelintir lagi yang tidak keluar kerana masih belum menyiapkan latihan yang diberi.

Mereka berdua beriringan ke kantin sekolah dan secara tidak sengaja, Farhan terserempak dengan gadis pujaan hatinya. Tidak lain tidak bukan, Aleena gadisnya. Kelihatan dari jauh Aleena duduk membaca buku di sebuah pondok yang sememangnya disediakan untuk pelajar duduk.

Dia tak makan ke? Hati Farhan menyoal. Matanya masih fokus kearah Aleena sehingga sekumpulan gadis mendekatinya dan kelihatan disuruhnya Aleena untuk beredar dari situ. Kening Farhan bertaut.

"Imran, kau pergi kantin dulu. Aku err aku nak pergi tandas sekejap," kata Farhan sambil memegang bahu Imran sebelum berlari kearah pondok itu. Imran hanya memerhati dari jauh tanpa pengetahuan Farhan.

Farhan mendekati sekumpulan gadis yang sedang cuba menghalau Aleena itu. Deheman diberi untuk menyentakkan semua pelajar perempuan itu. Beberapa pasang mata itu memerhatikan Farhan tidak berkelip.

"Apa yang sedang berlaku ni?" soal Farhan persis pengawas sekolah walhal dia bukan pengawas sekolah pun. Medina dan Louis sahaja yang dilantik menjadi pengawas sekolah.

"This ugly girl ambil tempat kitorang, you know?" Salah seorang daripada pelajar perempuan itu menjawab dengan penuh diva. Tekak Farhan sudah rasa loya apabila gadis itu bersuara namun cepat dia kawal reaksi.

"This beautiful girl duduk sini sebab dekat sini takda nama you all pun. Yang you all kata tempat ni tempat you all dah kenapa?" Farhan membalas dengan nada mengejek. Tangannya pun diayunkan-ayunkan gaya sotong kearah gadis-gadis itu.

"Euw! Let's go girl." Sekumpulan pelajar perempuan itu terus beredar meninggalkan tapak pondok itu. Farhan tersenyum puas dan kedengaran tawa halus dari Aleena.

"Kenapa awak ketawa?" soal Farhan. Dia segera melabuhkan punggungnya diatas pondok kayu itu berjauhan sedikit dengan Aleena. Tawa Aleena terhenti apabila dia menyedari bahawa dia sudah terlepas ketawa.

"Sebab kelakar cara awak cakap tadi."

"Ya?" Farhan ketawa kecil. Pipinya sudah merona merah menahan malu apabila teringat gaya dia mengejek sekumpulan pelajar perempuan tadi.

"Patutnya awak tak perlu tolong saya tadi. Pandailah saya handle. Lagipun, saya kenal diorang tu. Classmate saya aje," ujar Aleena sambil menundukkan kepalanya.

"Bila masa saya tolong awak?" Farhan cuba mengusik gadis yang pemalu itu. Aleena pantas mengalihkan wajahnya ke tempat lain. Wajahnya tak payah cakaplah, sudah tentu merah seperti tomato.

Itulah kau ni, Aleena. Kuat perasan betullah. Tak pasal-pasal mamat handsome ni kata kau syok kat dia pula. Aduh! Getus hati Aleena.

"Hahaha. Saya gurau jelah awak. Janganlah risau. Kebetulan saya lalu sini, nak tegur awak. Alang-alang tu tolonglah awak. Dapat pahala." Farhan ukir senyuman paling manis buat Aleena.

"Urm, Farhan... Saya rasa saya kena pergi sekarang. Kawan saya tengah tunggu dekat perpustakaan." Aleena pantas bangun dari duduk dan berura-ura ingin beredar dari situ. Namun, cepat sahaja Farhan menahan.

"Awak ni setiap kali jumpa saya aje mesti nak mengelak. Kenapa? Saya buat awak tak selesa ke?"

Tolonglah janganlah buat muka macam itu. Kau tahu tak setiap kali aku pandang muka kau, jantung aku macam nak meletop?! Kalau aku mati katak dekat sini macam mana? Aleena menjawab dalam hati.

"Eh, takdalah! Saya selesa berkawan dengan awak. Awak baik. Cuma, saya betul-betul nak ke perpustakaan sekarang ni."

"Kejap." Farhan memandang tepat keanak mata Aleena. Jantungnya berdegup begitu laju. "Boleh kita jadi kawan?" soal Farhan dengan sepenuh hatinya. Aleena terkelu lidah. Buku teks mata pelajaran Sains dipegang erat didada.

"Boleh," balas Aleena seraya itu dia terus melangkah meninggalkan Farhan disitu. Mata Farhan dapat menangkap sesuatu yang terjatuh dari dalam buku teks Aleena sewaktu Aleena berlari pergi.

Helaian kertas itu dikutipnya. Nota Sains yang ditulis semula oleh Aleena. Kemas dan cantik tulisannya. Farhan terbalikkan helaian kertas itu dek kerana perasaan ingin tahu. Jelas belakang helaian kertas itu ada nama gadis itu bersama dengan nama kelas.

"Tengku Aleena Adreanna Wardah." Berbelit-belit lidah Farhan ingin menyebut nama penuh Aleena. Dahinya berkerut. Panjang dan payah. Macam mana dia belajar mengeja dulu? Mesti dia tempuhi perjalanan yang sukar bukan?

Namun, disebalik kerutan didahi, terpalit senyuman dibibir. Helaian nota itu dimasukkan kedalam poket seluarnya sebelum dia berjalan menuju ke kantin.

Tanpa dia sedar, Imran memerhatikan perilakunya dari awal sehingga Aleena pergi. Dia tersenyum sinis. Dia membuka langkah besar mengejar langkah Farhan. Bahu Farhan dipegang dari belakang.

"Eh, bro? Tak makan ke?" soal Farhan.

"Aku tunggu kau. Lama nau pergi tandas. Risau aku," kata Imran penuh makna. Mereka beratur bersama untuk membeli makanan. "Far?" panggil Imran.

"Yup."

"Kau ingat tak masatu kau kata, sesuatu kepunyaan kau akan jadi kepunyaan aku juga?"

Farhan terdiam seketika. "Ingat. Kenapa?"

Imran tersenyum penuh makna yang Farhan sendiri tak dapat nak agak. Makin bertambah kerutan dahi lelaki itu apabila sahabat baiknya berkata demikian pada waktu yang tidak sesuai.

 Makin bertambah kerutan dahi lelaki itu apabila sahabat baiknya berkata demikian pada waktu yang tidak sesuai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

I'm so sorry kalau bab ni sikit huhuhu. Saya sedang kesuntukan idea 😐 terjawab sudahlah nama penuh Aleena :) Panjang dan glamour bukan? Harap awak suka! ❤

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now