Bab 34

12.9K 596 46
                                    

MEDINA tidak berhenti menghembus nafasnya dihadapan cermin itu. Perasaan gemuruh menyelubungi diri. Mana tidaknya malam ini adalah majlis berinai dia dan Julian. Esok pagi pula majlis menikah. Siapa je tak gemuruh!

Sepupunya, anak Doktor Hannah yang sebaya dengan dia, Iris masuk kedalam bilik Medina. Dia dan Medina berpelukan dek kerana lama sudah tidak bertemu. "Dina! Rindu aku dekat kau. Kau rindu aku tak?"

"Rindu gila, weh! Thank you sebab datang!"

"Mestilah aku datang. Cousin aku punya wedding kot. Nanti wedding aku, kau datanglah eh?"

"Lambat lagi! Kau tu boyfriend pun takda. Ke... dah ada?" Medina menyoal Iris ingin tahu. Iris mencebik. Kerusi besi kecil disebelah katil itu ditarik kearah Medina. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi itu.

"Bukan apa. Takda lelaki nak dekat aku. Nak buat macam mana?"

"Takda lelaki nak dekat kau ke kau yang jual mahal. Yelah, kau tu kan acah cantik." Medina mengusik lagi. Lagi bertambah muncung mulut Iris dibuat Medina. Medina tergelak. "Aku gurau jelah, Iris. Janganlah serius sangat. Ni kata nak pakaikan aku henna."

"Yelah. Aku nak buatlah ni. Kau tu yang cakap banyak. Kau nak henna macam mana? Kau boleh pilih," kata Iris seraya mengeluarkan risalah yang banyak gambar henna yang pelbagai jenis. Rambang mata Medina hendak memilih.

"Aku pilih yang nilah." Medina menunjuk kearah henna yang menarik perhatiannya kepada Iris. Iris mengangguk dan mula mengeluarkan alatannya dari dalam beg yang dibawa.

"Taknak cerita ke kat aku tentang bakal suami kau tu? Dengar cerita dia lamar kau kat majlis graduasi." Iris membuka cerita. Medina tersenyum apabila teringat akan hal itu.

"Nama dia Julian. Dia kawan baik aku nak dekat lima tahun dah. Tapi, entah macam mana dia tersuka dekat aku. Biasalah. Aku kan cantik." Medina tergelak dengan jenakanya sendiri. Iris menampar lengannya perlahan supaya dia duduk diam.

"Kau nak jadi isteri orang pun, tak serius-serius lagi. Nasib lah budak Julian tu dapat kau."

"Better than Louis, kan?" Entah kenapa tiba-tiba mood Medina bertukar menjadi sedih. Iris yang melihat Medina sudah menundukkan kepala itu segera berhenti melakar henna ditangan Medina. Pipi Medina diusapnya.

"No more Louis, Dina. Kau dah ada Julian sekarang ni. Nak nikah dah pun. Aku pasti Julian takkan layan kau macam mana Louis layan kau. Julian akan kembalikan kebahagiaan kau yang dah lama hilang tu. Kau percayalah. Okay? No more Louis okay? Louis is nobody. Okay?"

Medina mengangguk. "Okay."

Baru Iris nak membuka mulut semula, telefon Medina menjerit minta diangkat. Iris terpaksa berhenti melakar henna ditangan Medina apabila Medina hendak mencapai telefon. Nama Julian tertera diskrin telefon itu.

Panggilan segera dijawab oleh Medina.

"Hello, awak?"

"Hai, sayang. Sayang tengah buat apa tu?"

"Saya tengah pakai henna. Iris yang pakaikan. Kenapa, awak?" Medina memandang Iris dihadapannya yang sudah tersengih-sengih. Medina menjeling Iris manja.

"Pergi dekat balkoni."

"Nak buat apa? Saya tengah pakai henna ni awak."

"Kalau awak sayang bakal suami awak, pergi dekat balkoni sekarang." Medina berdecit. Dia segera melangkah kearah balkoni bilik. Dapat dia lihat Julian berada dibalik pokok hiasan dihalaman belakang rumahnya.

Mata Medina membulat. "Julian Haidar, awak buat apa dekat sini? Kalau umi jumpa awak, saya tak tahu tau! Padanlah muka awak kalau kena marah."

"Alah, saya rindu awak."

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now