Bab 2

12.6K 617 19
                                    

"LOUIS! Louis! Aik, mana Louis ni?" Medina masuk kedalam bilik Louis dan cuba memanggil Louis tapi Louis tidak menjawab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"LOUIS! Louis! Aik, mana Louis ni?" Medina masuk kedalam bilik Louis dan cuba memanggil Louis tapi Louis tidak menjawab. Sliding door yang terbuka sedikit itu menarik perhatiannya. Dia pantas berlari ke sliding door itu dengan senyuman teruja. "Louis! Eh, kenapa Louis tidur dekat balkoni ni?" soal Medina apabila lihat sekujur tubuh Louis terbaring di lantai sejuk balkoni itu.

Muka Medina berubah cuak apabila Louis tidak sedar langsung akan kehadirannya. Takkanlah tidur macam ni kot.

"Umi! Abi! Far! Tolong Dina!" jerit Medina nyaring dari dalam bilik itu. Seketika itu, muncul kedua orang tuanya dan juga Farhan. Hanif pantas menerpa kearah Medina yang sedang berdiri di sliding door itu.

"Ya Allah, Louis!" Pipi Louis ditepuk-tepuknya namun Louis tidak sedarkan diri. Lambat laun, tubuh kecil Louis diangkat Hanif keluar dari bilik itu. "Semua tunggu dekat rumah. Abi nak bawa Louis ke hospital."

"Tapi Dina nak ikut!" Cepat sahaja Medina mengikut langkah ayahnya.

"Ha, cepat sikit. Ambilkan kunci kereta abi," arah Hanif kepada anak gadisnya sambil dia memasukkan Louis ke tempat memandu belakang. Eira dan Farhan hanya mengikut sampai ke pintu utama dengan muka yang risau. Farhan sudah mahu mengalirkan air mata. Namun, dipujuk oleh Eira.

"Abang Louis kenapa umi?" soal Farhan dengan suara serak basah dan menahan tangis.

"Abang Louis akan okay. Far jangan risau. Nanti abang Louis dah sihat, abang Louis balik sini semula."

"Far patut ikut tadi."

"Eh, kalau Far ikut, siapa nak teman umi dekat rumah? Tak kesian ke kat umi?" Kepala Farhan diusap bagi menenangkan kanak-kanak lelaki itu. Farhan hanya mengangguk lemah.

Setelah kereta yang dipandu Hanif sudah jauh dari pandangan, mereka berdua masuk kedalam rumah.

Sementara itu, Hanif dan Medina sedang risau melihat keadaan Louis yang terbaring lemah dengan muka yang pucat lesi. Matanya pula kelihatan sembab menampakkan dia baru lepas menangis. Sampai sahaja di hospital, Hanif memanggil nurse sebelum dia mendukung Louis keluar dari kereta. Medina hanya mengekor dari belakang.

"Encik, encik tak boleh masuk. Biar kami rawat anak encik," pinta salah seorang jururawat itu. Hanif hanya mengangguk. Dia menarik tangan Medina untuk duduk di atas kerusi. Wajah Medina kelihatan suram.

"Kalau Dina masuk bilik Louis awal sikit tadi, mesti tak jadi macam ni kan, abi? Semua ni salah Dina ke abi?" soal si kecil sayu. Rambutnya diusap lembut oleh Hanif.

"Taklah. Bukan salah sesiapa pun. Louis tu penat aje," pujuk Hanif untuk menyedapkan hati anaknya yang sedang serba salah. Medina hanya mengangguk. Kepalanya disembam ke dada Hanif.

Seketika itu, pintu bilik wad dibuka dari dalam. Keluar seorang doktor. Hanif segera menerpa kearah doktor itu.

"Macam mana dengan anak saya, doktor?"

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now