Bab 28

12.4K 546 90
                                    

FARHAN kehulur-hilir dihadapan pintu bilik kecemasan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FARHAN kehulur-hilir dihadapan pintu bilik kecemasan itu. Rambutnya jelas serabut. Bajunya pula ada terpalit sedikit darah. Hanif dan Eira sebak melihat Farhan yang tak senang duduk itu.

Minda Farhan terimbas kembali wajah pucat tanpa darah kakaknya sewaktu dia dan Medina masuk kedalam ambulans. Degupan jantung dan nadi Medina semakin menurun. Medina langsung tiada ura-ura untuk membuka mata semula dan bercakap dengannya. Hatinya luluh melihat Medina begitu.

Satu-satu kakak yang dia ada. Kakak yang penyayang walaupun mereka sering bergaduh. Kakak yang sayang akan adiknya walaupun tidak pernah dia ungkapkan. Farhan terkilan. Kenapa kakaknya sanggup buat begitu kepada dirinya sendiri? Kenapa sanggup mencuba untuk membunuh diri sendiri hanya sebab cinta?

Farhan tersandar didinding. Tangan menongkat kepalanya. Air matanya sekali lagi mengalir tika bahunya diusap oleh Hanif. Matanya pula tajam memerhatikan Fatin dan Louis yang ikut sama.

Sibuk je! Marah hati Farhan.

Sudah lebih satu jam Medina didalam sana. Entah apalah nasibnya sekarang ini. Antara hidup dan mati. Medina sekarang sedang bertarung dengan nyawa.

"Kakak Farhan kuat," gumam Farhan perlahan tanpa didengari oleh sesiapa.

Seketika kemudian, pintu bilik kecemasan itu dibuka dari dalam. Farhan segera bangun dari duduknya. Jantungnya berdegup dengan laju akibat terlalu gementar. Kebetulan doktor yang merawat Medina ialah makcik mereka sendiri.

"Macam mana dengan Medina, kakak?" soal Hanif apabila melihat wajah suram Doktor Hannah.

"Medina hilang banyak darah. Keadaannya sangat kritikal tadi. Kita hampir hilang dia. Tapi sekarang, alhamdulillah. Semuanya kembali stabil. Kami berjaya selamatkan Medina. Cuma..." Ayat Doktor Hannah tergantung membuatkan hati yang lega tadi kembali gementar.

"Cuma apa maklong?" Farhan menyoal pantas.

"Cuma Medina masih tidak sedarkan diri. Kami mengenal pasti bahawa dia dalam koma. Kami juga perlu letakkan dia ke wad ICU untuk pemantauan lebih lanjut." Pernyataan itu sangat susah untuk mereka sekeluarga menerima. Bagai batu menghempap diri, kesemua mereka terduduk kecuali Farhan masih setia berdiri di hadapan makciknya.

"Kakak... akan selamat kan, maklong?"

"Maklong kenal Medina macam mana. Medina tu kuat orangnya. Maklong pasti Medina akan selamat. Cuma, cara dia selesaikan masalah dia yang buat makcik terkejut dan kecewa. Lepas semuanya dah selesai, maklong nak Far cerita apa yang jadi dekat maklong. Okay?" Doktor Hannah membalas dengan penuh perasaan. Farhan mengangguk laju. Doktor Hannah masuk kembali kedalam bilik itu untuk memeriksa keadaan Medina lagi.

Farhan menoleh kearah Louis yang mendiamkan diri, menekur lantai disisi Fatin. Dia meluru kearah Louis dengan rasa amarah yang membuak-buak.

"Semua ni salah kau. Semua salah kau! Kau punca kakak aku koma. Kau punca semua ni..." Bergetar jari Farhan menuding jari kearah Louis yang setia menekur lantai. Louis langsung tidak membalas.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now