Bab 6

9.7K 494 40
                                    

BEBERAPA MINGGU SEBELUM PT3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA MINGGU SEBELUM PT3...

Sewaktu dipondok itulah kali terakhir dia dan Aleena bertemu sehinggalah sekarang. Farhan berkira-kira untuk memulangkan semula nota Sains itu kerana dia pasti Aleena sangat memerlukannya untuk mengulang kaji.

"Kau tenung apa lagi dekat nota tu? Aku rasa baik kau pulangkan pada dialah. Dia mesti nak guna untuk ulangkaji nanti." Suara Medina yang mencelah dibalik suasana sunyi malam itu membuatkan Farhan sedikit tersentak. Farhan mengeluh perlahan.

"Far rasa tak sedap hati lah kak."

"Kau rasa tak sedap hati apa pula? Kalau pasal peperiksaan kau tu, tak payahlah risau. Kau chill aje okay? Adik kakak ni dah usaha sehabis-baik dah. Mesti dapat straight A's macam kakak dan abangnya juga."

Farhan berdecit. "Bukan pasal tulah!"

"Habistu pasal apa? Cuba cerita sikit," kata Medina sambil menongkat dagu dipalang balkoni itu dan menghadap Farhan.

"Pasal Aleena..."

Medina buat muka bosan. "Ingat apalah tadi. Alah, perasaan kau aje tu kot. Kau ni kan, Farhan. Aku tengok dah angau sangat dah kau dekat dia kan? Sampai setiap masa fikir pasal dia. Ni tiba-tiba tak sedap hati pasal dia. Uuu." Medina mencucuk-cucuk lengan Farhan. Farhan pantas menepis tangan kakaknya. Angin yang meniup rambutnya menampakkan pandangan matanya yang tidak senang.

"Far serius ni, kak."

"Oh. Then, kau expect aku nak buat apa? Kau fikir aku ni super hero ke dapat jangka apa yang bakal jadi pada masa hadapan? Memang taklah."

"Bukan macam tulah. Far nak kakak memahami Far. Bukan main-main."

"Habistu sekarang ni kau nampak aku tengah buat apa? Tengah berjoget dekat sini? I'm trying to feel what you feel. And now, I can feel it. You're falling in love with her, Farhan! Keresahan hati tu menunjukkan yang kau betul-betul cintakan dia. Tapi, tak terlalu awal ke? I mean, you're still 15. Not officially pula tu."

"Entahlah. Far pun tak tahu perasaan Far ni. Sejak pertama kali Far jumpa dia, Far rasa lain. Pandangan mata dia lain daripada yang lain. Suara dia lembut aje. Bila dengar, rasa macam terbuai atas awan. Far rasa special," cerita Farhan penuh perasaan. Medina hanya tersenyum. Bahu adiknya ditepuk untuk beri semangat.

"Tak salah untuk minat seseorang tu. Janji benda tu tak cantas fokus kau pada pelajaran." Medina memandang kertas kecil yang berada dipegangan Farhan. "Kau kata kau dah lama tak jumpa dia kan? Nota tu, peluang kau untuk jumpa dia."

Farhan memandang nota kecil itu. Dia juga tersenyum lebar.

"Pasal benda ni kakak jangan risau. Kes sudah ditutup. Now, kita cerita pasal kakak pula."

"Aku? Dah kenapa pula?" Medina menyoal hairan. Dahinya berkerut dan otaknya cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Farhan.

"Pasal kakak dan abang Louis."

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now