Bab 14

8.2K 452 4
                                    

TIGA minggu berlalu sejak pelajar SPM mengambil keputusan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIGA minggu berlalu sejak pelajar SPM mengambil keputusan mereka. Sudah tentu sekarang ini masing-masing sedang menunggu permohonan mereka diterima atau tawaran dari mana-mana universiti.

Rutin harian Medina sejak seminggu selepas itu, dia selalu menjengah peti surat untuk memastikan dia dan Louis dapat mana-mana tawaran ataupun permohonan mereka berdua diterima ataupun tidak. Namun, Medina masih tidak tahu yang Louis memohon menyambung pembelajaran di luar negara.

Hari ini, seperti biasa, Medina akan memeriksa peti surat dan sebarang jenis surat yang ada didalam itu diambil dan ditilik satu persatu.

"Bil elektrik, bil air... eh, surat apa ni?"

Butiran diatas sampul surat itu dibaca oleh Medina dengan teliti. Terbuntang matanya melihat butiran itu.

Syed Marlouis Airiel bin Syed Iman
Applied to the University of the West Of Scotland
Paisley, Scotland

Sampul surat itu dikoyaknya. Maklumat didalam surat itu dibaca dengan air mata yang sudah bertakung di tubir mata.

Dear Syed Marlouis,

Your application for admission to the University of the West of Scotland is accepted. Congratulations.

Terketar-ketar tangan Medina membaca butiran kertas itu. Kenapa Louis tak beritahu dia? Mana janji dia selama ini? Sakit pula hati ni...

"Dina... lama benar kau check peti surat. Dah lama dah aku dan Far tunggu nak main Jutaria tu." Louis tiba-tiba muncul di muka pintu. Dia mendekati Medina apabila Medina tidak bergerak merenung sehelai kertas.

Lehernya dipanjangkan membaca maklumat didalam kertas itu. "Permohonan kau dah diterima ke?" soal Louis polos. Dia membaca kebawah dan alangkah terkejutnya surat itu untuk dirinya, bukan untuk Medina.

"Correction, permohonan kau yang diterima." Surat itu dihulur kepada Louis. Terpalit senyuman nipis dibibir Louis. "Kenapa kau tak beritahu aku pasal benda ni?"

"Aku bukan apa... aku perlukan masa yang sesuai untuk beritahu kau."

"Kenapa perlu tunggu masa yang sesuai? Padahal boleh aje kau bagitahu aku awal-awal. Kan kita dah janji nak masuk universiti yang sama. Kau dah lupa ke?" Medina menyoal. Janjinya dan Louis terimbau kembali.

Louis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pun tak tahu nak balas apa. "Aku tahu tu. Aku ingat dan aku takkan pernah lupa. Cuma, kau pun tahu kan. Impian aku yang satu ni. Aku pun dah bincang dengan abi dan umi, mereka izinkan. Dah tiba masanya aku belajar berdikari, Dina. Keluarga kau dah banyak tolong aku dari kecil. Bila dah besar, aku taknaklah menyusahkan mereka lagi."

"Kau dah beritahu abi dan umi tapi kau tak bagitahu dengan aku dan Farhan? So maknanya, kau janji dengan aku haritu sebab nak jaga hati aku jelah? Nak jaga hati Farhan, macam tu? Eh kau sedar tak Farhan tu rapat dengan kau. Mesti dia sedih bila dapat tahu benda ni."

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now