Bab 21

9.6K 453 8
                                    

LANGKAH Medina yang sedang menuju ke dewan kuliah itu terhenti apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH Medina yang sedang menuju ke dewan kuliah itu terhenti apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang. Medina pantas menoleh dan lihat Que sedang berlari mengejar langkahnya.

Dahi Medina berkerut lihat Que yang tercungap-cungap itu.

"Kau kenapa?" soal Medina. Que yang masih tercungap mencari nafas itu mengangkat tangannya tanda sekejap. Seketika kemudian, barulah dia kembali bersuara.

"Khalid... Khalid..."

"Kenapa dengan dia?" Laju Medina bertanya. Medina jadi gabrah apabila mendengar nama lelaki itu. Sudahlah dia baru tolak cinta tulus Khalid, manalah tahu Khalid buat kerja gila sebabkan dia ke?

"Khalid nak pindah," sambung Que. Medina terpempan. Kenapa tiba-tiba?

"Mana dia, Que?"

"Dekat kafe." Tanpa berlengah, Medina terus membuka langkah besar ke kafeteria universiti itu. Que pula sedaya upaya mengejar langkah laju Medina. Laju benar dia lari. Dia ni atlet ke apa masa sekolah dulu sampai tak larat aku nak mengejar?

Pintu kafeteria itu ditolak kasar oleh Medina. Matanya melilau disetiap pelosok kafeteria itu sehinggalah dia ternampak susuk tubuh manusia sedang membelakanginya. Dia pasti itu adalah Khalid. Langkah dihayun kearah lelaki itu.

"Khalid!" Medina memanggil nama Khalid kuat sehingga bahu Khalid terhinjut sedikit. Tangan baik mengusap dada sambil memandang kearah Medina.

"Eh, hai, Med." Khalid menyapa bersahaja.

Medina menarik nafas panjang sebelum bertanya kepada Khalid. "Betul ke you nak pindah?"

"Ya, betul."

"You nak pindah sebab I ke?"

Khalid tergelak. "Takdalah! Kalau ikutkan hati I, I taknak pindah. Tapi sebab I terima tawaran sambung belajar ke luar negara, I kenalah pergi. I taknaklah sia-siakan peluang yang I ada ni," balas Khalid seraya tersenyum. Medina menghembus nafas lega.

"You terima tawaran kemana?"

"Scotland."

Riak wajah Medina tiba-tiba berubah. Fikiran kembali menerawang teringat kepada Louis. Walaupun mulut kata move on, tapi hati belum sepenuhnya move on. Dia masih lagi tertunggu-tunggu panggilan dari lelaki itu. Namun, hampa. Sudah masuk tiga bulan dia pergi, tiada sebarang panggilan dari Scotland yang dia terima.

Lengan Medina digoncang oleh Khalid dan Que. Risau mereka lihat riak wajah Medina tiba-tiba mendung dan tidak bergerak. Medina kembali ke realiti. Dia memandang dua jejaka dihadapannya kini.

"I doakan you selamat sampai kesana, Khal. Belajar rajin-rajin. Nanti kalau free, call lah I. Kita kawan kan?" kata Medina, cuba menyembunyikan wajah keruhnya dengan senyuman manis. Khalid mengangguk laju.

"Dahlah tu, Med. Kelas dah nak mula ni. Jomlah kita balik kelas. Nanti Madam Foo marah." Que menarik lengan Medina untuk keluar dari kafeteria itu setelah bersalaman dengan Khalid. Medina hanya akur sambil melambai kearah Khalid yang turut melambai kearahnya.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now