Bab 37

13.5K 525 58
                                    

USAI habis sahaja urusan Julian dengan pengusaha hotel lima bintang itu, dia terus membawa Medina pulang. Pulang ke penthouse-nya, bukan ke rumah keluarga Medina. Medina yang sedang nyenyak tidur ditempat sebelah pemandu dijeling Julian dengan senyuman.

Tak sabar dia hendak tengok riaksi Medina tengok rumahnya nanti. Yelah, sepanjang perkenalan Medina, dia tak pernah ajak gadis itu kerumahnya kecuali Que. Que sahajalah penyimpan rahsianya yang paling setia sekali.

Masuk sahaja kereta BMW Julian dalam perkarangan rumah itu, kereta Julian terus berhenti didalam garaj. Medina langsung tidak sedar dari tidur walaupun enjin kereta sudah dimatikan oleh Julian. Julian keluar dari kereta perlahan-lahan dan segera ke tempat penumpang sebelah pemandu.

Tali pinggang Medina dibuka perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan Medina. Nanti tak jadilah kejutannya. Diangkat tubuh seringan kapas itu masuk kedalam rumah dengan berhati-hati. Tangga dinaiki perlahan-lahan sebelum dia meluru masuk kedalam bilik yang sudah dikemas awal-awal sebelum majlis perkahwinan mereka lagi.

Tubuh Medina diletak perlahan diatas katil empuk miliknya. Medina masih tidak sedarkan diri. Sah tidur mati. Julian menghela nafas lega. Akhirnya, dia berjaya halalkan si pujaan hati dan berjaya bawa Medina kerumahnya sendiri.

Baju T-shirt yang dipakai dicabut sebelum dibaling kedalam bakul sebelah pintu bilik air. Selepas itu, dia terus memboloskan diri kedalam bilik air untuk membersihkan diri yang melekit. Medina tu kejap lagi boleh basahkan badan dengan tuala jika gadis itu tidak bangun lagi.

Beberapa minit kemudian, Medina tersedar dari tidur dek kerana alas badannya yang lembut semacam. Tekstur katil itu pun tidak sama dengan katil dirumah keluarganya. Medina meraba-raba disekelilingnya sebelum matanya tercelik.

Eh, dia dalam bilik? Bukan tadi dalam kereta ke? Eh, rumah siapa ni? Bilik siapa ni?

Medina menoleh kekiri dan kekanan. Hatinya sudah diserang perasaan cuak. Suasana bilik itu yang muram dan malap membuatkan otaknya berfikir benda lain. Baru sahaja Medina hendak melompat dari katil, Julian keluar dari bilik air dengan hanya bertuala paras pinggang.

Terkejut dia lihat Medina sudah terduduk ditepi katil. Terkebil-kebil Medina memandang Julian.

"J-Julian?" panggil Medina untuk memastikan bahawa lelaki itu adalah Julian. Tanpa sebarang cahaya, fikir dia boleh nampak ke muka Julian? Julian tersenyum nakal. Idea nakal mula bermain didalam benak fikirannya.

"Siapa Julian?" soal Julian dengan suara yang menakutkan. Medina sudah tarik nafas panjang. Tangannya sudah memegang entah benda apa yang berada diatas meja kecil sebelah katil.

"S-siapa kau? Aku kat mana ni? Mana suami aku?" Terketar-ketar Medina menyoal Julian yang dianggap lelaki asing itu. Julian tergelak kecil. Langkah dibawa kearah Medina. Badan Medina ditindih tanpa sebarang amaran.

Tanpa dia sedar, tangan Medina sudah melayang ke pipinya. Habis dia kena tumbuk. Julian jatuh dari katil. Medina pula terus menerus membaling segala barang yang ada kearah Julian. Julian segera berlari kearah suis lampu lalu dibukanya lampu.

"Ini bielah! Sampai hati tumbuk bie! Sakit tau!" Julian mengusap pipinya yang ditumbuk oleh Medina tadi. Muncul perasaan menyesal kerana mengusik Medina tadi. Dada Medina turun naik memandang Julian tidak percaya.

Dia segera meluru kearah Julian. Dada bidang lelaki itu yang tidak beralas ditumbuk-tumbuknya lembut. Mengaduh sakit Julian dibuatnya.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now