Bab 4

10.4K 587 12
                                    

HABIS sahaja acara sukantara itu, Farhan menyelinap keluar dari khemah rumah sukannya dan menuju ke blok sekolah untuk ke tandas. Baru sahaja dia hendak masuk ke tandas, dia ternampak seorang gadis duduk termenung dikerusi yang tidak jauh darinya.

Wajah ayu itu diperhatikan. Aleena! Perlahan-lahan bibirnya terukir senyum nakal. Ada peluang aku nak ngorat. Sebelah kaki yang baru hendak melangkah ke tandas dibawa keluar. Langkah ditukar kearah gadis itu.

"Ehem." Deheman dari Farhan membuatkan lamunan Aleena terhenti. Laju sahaja Aleena bangun dari duduknya.

"Ma-maaflah. Saya tak tahu yang dekat sini boleh duduk. Saya nampak kerusi, saya duduk jelah," jelas gadis itu tiba-tiba. Dahi Farhan berkerut. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Awak dah kenapa? Dah memang kerusi ni disediakan disini, untuk orang duduklah. Kenapa  tak boleh duduk pula?" soal Farhan hairan.

Kelihatan pipi Aleena merona merah dek kerana malu. Siapa sahaja tak malu kalau lelaki kacak ni tegur dia? Aleena melabuhkan punggungnya di bangku itu semula.

"Taknak pelawa saya duduk ke?" Farhan menyoal nakal.

"Duduklah," pelawa Aleena sambil tertunduk. "Kalau awak jumpa saya ni sebab tadi, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja lalu dekat situ pun. Saya tak perasan awak tengah nak lompat. Saya minta maaf ya?" jelas Aleena.

Farhan tersenyum memandang Aleena membuatkan Aleena kembali menunduk. Janganlah senyum macam tu! Cair wei aku!

"Nama saya Farhan. Farhan Riyaz. Alah, saya tak kisahlah pasal tadi. Kalau kita tak berlanggar tadi, mesti kita tak kenal antara satu sama lain. By the way, awak budak baru ke? Saya tak pernah nampak awak dekat sini sebelum ni?" Farhan menggunakan kesempatan yang ada. Dalam hatinya sudah bersorak suka.

"Saya Aleena. Aah, saya budak baru. Baru masuk minggu lepas. Saya kelas 3C. Awak?"

"3A."

"Oh, awak mesti budak pandai kan?" Terasa dirinya kecil apabila lelaki tampan kelas atas berbual dengan dirinya yang tak cantik dan kelas bawah ini.

"Itu sekadar nama kelas. Pandai ke tak pandai ke terpulang pada kita nak pilih yang mana. Kelas bawah pun, kalau usaha, dapat straight A juga," kata Farhan sambil tersenyum. Dia dan Aleena saling berpandangan seketika sehingga Aleena tersedar yang dia sedang sibuk perhati anak teruna orang. Pantas dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Urm, Farhan. Saya rasa saya dah lama dekat sini. Saya kena pergi sekarang. Bye!" Tanpa menunggu jawapan Farhan, Aleena terus beredar dari situ. Namun, langkah terhenti apabila Farhan menahannya.

"Boleh kita jumpa lagi?" soal Farhan dengan nada yang lembut. Kalau diikutkan, dah lama Aleena tersungkur jatuh disitu dek kerana kedua kakinya yang lemah tiba-tiba.

Aleena ukir senyum. "InsyaAllah boleh," balasnya dan terus beredar meninggalkan Farhan tersenyum sendiri disitu. Setelah figura Aleena sudah tidak kelihatan, Farhan bersorak gembira. Dia terus kembali ke kawasan padang dengan wajah yang berseri-seri.

Farhan menuju kearah kelompok yang menempatkan rakan-rakannya.

"Lamanya kau pergi tandas. Ingat dah mati tadi," tegur salah seorang rakannya, Imran sambil berseloroh. Bahunya ditumbuk perlahan oleh Farhan.

"Pala otak kau, kata aku mati. Aku sakit perut tadi, cirit," tipu Farhan. Imran hanya mengangguk faham.

"Nasib baik kau sampai awal. Diorang nak umum dah tu. Kalau kau lambat tadi, dah lama aku pergi ganti tempat kau ambil hadiah kalau kau menang. Dapat juga aku tayang muka handsome kat pentas," kata Imran lalu ketawa. Diikuti dengan rakan-rakannya yang lain.

"Whatever." Farhan malas hendak layan. Dia tumpukan perhatiannya kepada guru yang sedang mengumumkan pemenang setiap acara. Namun, bukan seluruh perhatiannya. Separuh lagi asyik terfikir tentang gadis ayu, Aleena itu.


SEMINGGU sudah berlalu sejak acara sukantara itu dilakukan. Sekarang ini sedang cuti penggal pertama. Medina dan Louis seperti biasa mengulangkaji bersama manakala Farhan asyik sibuk menyesal sebab tak minta nombor Aleena.

Dia kini sudah berguling-guling diatas katil Medina dan menganggu fokus Medina dan Louis hendak belajar. Bantal yang ada dipeha Medina, dibaling kearah Farhan.

"Kau ni dah kenapa?! Gaya macam hilang anak aje. Aku tahulah kau menyesal sebab tak minta nombor dia, tapi jangan teruk sangat boleh tak? Dia tu entah fikir ke tak pasal kau," marah Medina membuatkan bibir Farhan mencebik.

"Kakak tahu apa? Buah hati kakak ada depan mata senanglah kakak cakap. Buah hati Farhan jauh dari mata tau!" Medina pantas melabuhkan cubitan ketamnya diperut Farhan. Louis sudah pandang mereka pelik.

"Korang ni dah-dah lah tu. Tak habis-habislah bergaduh. Kau ni, Far. Takda kerja rumah ke nak buat? Kau tu nak PT3 tahun ni. Tak takut ke?" Louis pula bersuara. Medina kembali duduk dihadapan Louis menyambung latihan Matematiknya yang terbantut tadi. Sempat dia membalas jelingan dengan Farhan.

"Kerja rumah tu ada tapi..."

"Takda tapi-tapi. Kau tu baru PT3 tahu? Tak sesuai lagi nak fikir pasal buah hati bagai ni," pesan Louis pula. Medina sudah menahan ketawa yang bakal terhambur. Louis alihkan pandangan kepada Medina. "Kau pun Dina dua kali lima aje dengan Far. Ada buah hati juga. Samalah korang ni. Fokus belajar dulu. Banggakan umi dan abi baru fikir pasal cinta. Boleh tak adik-adik abang sekalian?" Louis menebak Medina pula.

Bibir Medina pula memuncung manakala Farhan sudah hamburkan gelaknya.

"Kena balik! Padan muka!"

"Far..." panggil Louis dengan wajah tegas.

"Ya, abang?"

"Pergi ambil kerja rumah Far. Kita study sama-sama dekat sini. Kalau tak tahu, boleh tanya kami berdua," arah Louis. Dengan tidak rela, Farhan melangkah ke biliknya untuk mengambil kerja rumahnya dan masuk semula kedalam bilik kakaknya.

"Belajar! Kepala tu jangan fikir buah hati aje," kata Medina kepada Farhan.

"Medina Haura..." Medina tersengih apabila Louis sudah memanggil nama panjangnya dengan nada yang tegas.

"Garanglah abang ni," omel Medina tanpa didengari oleh sesiapa.



TBC.

Done for today! 😆❤ Jangan lupa bagi vote dan comment.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now