Bab 36

13.6K 567 98
                                    

CAHAYA samar yang masuk melalui celahan tingkap itu menganggu lena Julian. Tambah lagi dengan bunyi gosokan gigi serta bunyi paip dibuka. Julian meraba katil sebelahnya. Kosong. Terpisat-pisat dia mencari sang isteri yang hilang tiba-tiba.

Julian duduk seraya menguap besar. Kedua matanya digosok perlahan. Dia termenung seketika mengingatkan peristiwa malam tadi. Ehek, ehek, faham-faham jelah. Julian akhirnya tersenyum sendiri.

Dia melangkah kedalam bilik air dan pinggang Medina menjadi mangsa pelukannya. Medina yang nampak Julian mamai masuk kedalam bilik air melalui refleksi cermin tadi, hanya membiarkan. Julian menjatuhkan wajahnya dileher Medina yang terdedah dari bathrobe itu.

Senyuman nakal dikuntum apabila ternampak cop merah merata di leher gadis itu. Medina buat muka selamba. Dia terus menerus membasuh mukanya.

"Honey dah mandi ke?" Suara serak basah itu menyoal dibalik lekuk leher Medina. Dia tahu bahawa gadis itu sudah mandi kerana badan isterinya sudah berbau wangian yang cukup menyenangkan.

"Dah. Bie je yang tak mandi lagi," balas Medina dengan membahasakan Julian dengan perkataan 'bie'. Julian pula membahasakan dia dengan panggilan 'honey' ataupun 'sayang'.

Sweet tak?

"Jom mandi dengan bie."

"Memang taklah! Malas saya nak mandi banyak kali. Nanti demam siapa juga susah? Bie juga nanti."

"Kalau honey demam, bielah yang jaga. Apa susah?" Julian tak mahu mengalah. Bibir sudah dicemikkan. Itulah modalnya. Acah comel nanti Medina cair. Medina menjeling kearah Julian dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Menjawab! Pergi jelah mandi sorang-sorang. Takda hantu pun nak terkam bie." Medina melepaskan leraian Julian. Ditolaknya Julian untuk masuk ke ruangan air pancut.

"Alah, manalah tahu ada hantu pervect macam honey terkam bie ke? Siapa juga susah? Honey juga nanti." Julian mengulangi semula ayat isterinya. Medina berkerut dahi. Dah hantu pervect pula? Macam dia?

"Dah kenapa saya pervect pula?"

"Ni tak nampak?" Julian menunjuk Medina kearah leher putihnya yang tak beralas apa-apa. Serta-merta pipi Medina merona merah dan dia menyembamkan wajahnya didada Julian. Julian tersengih seraya jarinya mencuit-cuit pipi gebu Medina yang terjuih. "Malu lah tu."

"Dahlah, pergi mandi jelah." Medina segera keluar dari bilik air itu. Dia melompat diatas katil. Dia menjerit semahu-mahunya apabila wajahnya ditekup dibantal. Malunya tiada siapa tahu.

"Weh, weh. Dah kenapa? Kenapa jerit honey? Apa yang telah terjadi?" Tiba-tiba Julian terjah keluar dari dalam bilik air. Mulutnya yang ada berusa gigi dan ubat gigi langsung tidak dibasuh. Terkejut punya pasal dek kerana jeritan sang isteri.

Medina mengangkat mukanya dari tekupan bantal itu. "Eiy, pengotorlah awak ni! Pergi basuh mulut tu dulu lah!" Medina membaling bantal putih itu kearah Julian.

"Okay tak?" soal Julian. Dia masih tidak terkesan kepada balingan bantal Medina.

"Saya okay jelah! Pergi mandi."

"Habistu kenapa jerit-jerit tadi?"

"Mana ada saya jerit," nafi Medina dengan wajah tidak bersalahnya.

"Habistu siapa yang jerit?"

"Jiran sebelahlah tu."

Julian mengecilkan mata memandang Medina tidak percaya. Namun, Medina masih lagi dengan wajah tidak bersalahnya.

"I'm watching you, honey," kata Julian sambil masuk semula kedalam bilik air. Medina menghela nafas lega. Dia bangun dari duduk. Katil yang bersepah itu dikemasnya sehingga kemas dan teratur. Baju persandingan dia dan Julian yang bersepah dilantai, dikutip lalu dimasukkan kedalam bakul.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now