Bab 19

8.6K 422 15
                                    

SEMINGGU sudah berlalu sejak Khalid dan Medina pertama kali berjumpa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU sudah berlalu sejak Khalid dan Medina pertama kali berjumpa. Sejak waktu itulah, Khalid sedikit demi sedikit berubah dan hati Medina sedikit demi sedikit terbuka untuk Khalid. Medina juga sudah menukar panggilan yang kasar kepada lembut.

Kini, Medina baru sahaja habis kelas. Dia dan Qie keluar bersama-sama dari dewan kuliah.

"Que, bila kau nak bawa aku jumpa makwe kau? Kedekut sangatlah kau ni," tanya Medina kepada Que.

"Alah, nanti aku bawalah. Tak sabar-sabarlah kau ni," balas Que.

"Yelah. Aku nak tahu juga siapa je nak dekat mamat tingtong macam kau ni."

"Eleh, excuse me. Kau tu pun lebih kurang je tau. Harap muka je cantik tapi mulut takda insurans," tempik Que sambil menjeling manja kepada Medina. Wajah Medina sudah bertukar cemberut. Bibirnya memuncung seperti katak. "Tak payah nak muncung sangatlah. Malu pakwe kau tengok."

"Pakwe? Kitorang kawan jelah."

"Eh kau jangan macam-macam Med. Kesian Khalid tu, berharap sangat dengan kau. Kau nak dia berubah, dia berubah. Kau janganlah mainkan perasaan dia. Dia tu, dah banyak kali dah kena fakehope."

Medina menunduk menekur lantai. Keluhan kesah dilepaskan. "Habistu perasaan aku? Hati aku? Takkan taknak ambil kisah langsung?" soal Medina dengan suara yang melirih. Que sudah terdiam.

Seketika itu, Khalid muncul disebelah Medina. Medina pantas meraup wajahnya. Matanya digosok-gosok sedikit. Que pandang Medina lain macam. Dia menangis ke? Apa yang dah jadi sebenarnya?

"I lambat tak?" soal Khalid kepada Medina. Medina tersenyum seraya menggeleng.

"Tak pun. I yang lambat. Sorry," balas Medina dengan suara yang sengaja dileretkan. Que masih memandang tepat kearah Medina. "Kenapa kau pandang aku macam nak telan, Que?" Medina pelik melihat perangai Que yang tiba-tiba itu. Que pantas menggeleng.

"Korang datelah. Aku balik dulu."

"Kau jangan lupa tau bawa Yasmeen jumpa aku!"

"Ya!" Que pantas beredar dari situ.

"So, kita nak kemana?" soal Medina kepada Khalid. Khalid tayang senyuman lebar. Tangannya dihulurkan kepada Medina membuatkan Medina sedikit terdorong kebelakang. Lambat-lambat Medina menyambut huluran itu.

"Kita ke hati you. Jom?" Khalid sudah mula mengeluarkan ayat sweetnya. Medina tergelak kecil. Sepanjang perkenalan mereka, Khalid tidak penat untuk mendapat memberi dia ayat manis yang tahap sampai boleh potong kaki. Tak dapat Medina nafikan bahawa Khalid adalah lelaki yang bermulut manis dan baik.

Ingatannya tiba-tiba teringat akan Louis. Sejak dia berangkat ke Scotland, tak pernah sekalipun dia menelefon Medina. Lama juga dia menanti panggilan dari lelaki itu. Namun langsung tidak ada. Akhirnya, Medina sudah berputus asa untuk menanti.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now