Bab 40

13.8K 474 23
                                    

JULIAN merendamkan dirinya didalam tab mandi itu sudah hampir satu jam. Dia duduk termenung mengenangkan nasib. Kenangan pahit yang dahulu, satu demi satu kembali merentasi benak fikiran Julian.

Imbasan pertama.

"Ibu terpaksa sayang. Nanti ibu takda duit nak beli makanan Ian. Ian nak ke tak makan?" soal Julia kepada anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun itu. Julian menggeleng laju.

"Tapi, ibu, Ian dengar, kerja kat situ tak elok. Ian taknak ibu kerja dekat tempat yang tak elok. Nanti orang buat ibu macam haritu, macam mana? Orang tendang ibu, orang pukul ibu. Ian sedih tengok orang buat ibu macam itu," balas Julian panjang lebar. Matanya sudah berkaca, begitu juga mata Julia.

Dahi Julian dikucup Julia. "Ibu terpaksa, Ian. Ibu janji lepasni Ian dapat tidur dekat tempat selesa. Bukan dekat lantai lagi dah. Lepas itu, ibu janji Ian boleh makan ayam puas-puas. Ian suka ayam kan?" Julia tak lelah memujuk anak lelakinya yang cerdik pandai itu. Walaupun, umur baru 5 tahun, Julian sudah berfikiran terbuka.

"Ian suka makan ayam. Tapi, Ian tak suka ibu kerja dekat tempat tu. Ibu... tak payahlah. Ibu carilah kerja dekat tempat lain." Tangan Julia digoncang Julian. Julia tidak dapat menahan lagi. Air mata mengalir deras. Tubuh kecil Julian dipeluk Julia erat.

"Maafkan ibu, Ian."

Kalau boleh, dia pun tak mahu kerja dekat pusat hiburan itu. Cuma dia terpaksa dan terdesak. Dia sudah cari kerja dikedai makan, namun satu pun tidak berhati perut memberi dia peluang untuk bekerja demi menyara anak yang masih kecil. Dulu, ada kerja kerani, dibuang pula. Apalah nasib...

Imbasan kedua.

"Cepat lari Julian!" Tangan Julian ditarik Julia untuk berlari laju dari sekumpulan lelaki yang sedang mengejar mereka. Akibat ketakutan, Julian menangis semahunya sewaktu dia berlari.

"Berhenti kau!" jerit Ah Long yang mengejar mereka berdua dari dibelakang. Di tangan terdapat parang. Diangkat parang itu tinggi.

"Aduh!" Julia tersungkur ditanah. Larian Julian terhenti apabila melihat ibunya tersungkur jatuh.

"Ibu!"

"Lari, Ian! Lari! Selamat diri!" Julia menolak tubuh Julian apabila sekumpulan lelaki itu sudah semakin mendekat. Julian masih menangis. Tangan ibunya langsung tidak dilepaskan. "Ian, Ian sayang ibu kan?"

"Sa... Sayang!"

"Kalau sayang ibu, Ian lari. Selamatkan diri Ian." Dahi Julian sempat dikucup Julia sebelum dia menolak tubuh Julian jauh darinya. Julian berlari, menyorok ditepi dinding yang agak berjauhan dari sekumpulan lelaki itu.

"Kau dah hutang, tak reti nak bayar pula ya! Kau ingat, kau lari, kitorang tak dapat tangkap kau lah ya? Kau silap!" Ah Long itu menengking Julia sambil parang yang dipegang dihayun dihadapan muka Julia. Badan Julia menggigil hebat.

"Maafkan saya, Ah Long. Saya janji saya bayar. Bagi saya sikit je masa lagi," rayu Julia.

"Banyak masa dah kitorang bagi. Kau pula naik lemak. Kau dengan anak kau memang patut dibunuh je."

"Tolong. Kalau nak bunuh, bunuh saya je. Jangan anak saya." Sekali lagi, Julia merayu.

"Baiklah kalau begitu." Julian dari jauh sudah mengetap bibir menahan esakan apabila melihat Ah Long mengangkat tinggi parang itu lalu dihunus parang itu ke perut Julia. Tubuh Julia yang lemah terbaring kaku diatas jalan tar lorong sunyi itu.

"Ibu..." Sayu Julian memanggil Julia. Dia melutut ditepi dinding itu memerhati sekumpulan lelaki itu pergi. Tubuh Julia yang sudah dilimpangi darah langsung tidak diendahkan. Dibiarkan tanpa belas kasihan.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now