Bab 30

14.7K 532 50
                                    

JULIAN memandang tajam kearah Que yang sedang mengunci pintu rumahnya. Tak sempat dia nak masuk lagi, lelaki itu sudah mengatakan bahawa dia akan mulakan misi 'menukar' Julian di penthouse Julian sendiri.

"Kenapa kau tak cakap awal-awal? Susah-susah aku siap-siap, semata nak datang rumah kau. Dahlah dah malam," bebel Julian sepanjang jalan mereka turun dari aras 14 ke arah bawah dari rumah apartmen Que.

Que memandang Julian sekilas. "Aku tak cakap aku nak 'tukar' kau kat rumah aku. Aku suruh kau datang rumah aku je," balas Que mengundang gelora api kemarahan Julian memuncak. Kalau tak sebab Que nak tolong dia, dah lama dia hempuk guna kayu besbol.

"Datang rumah kau sebab nak jemput kau sebab kereta kau rosak?" Que mengangguk. Sengihan ditayang kearah Julian. Julian menghela nafas panjang. Tiba-tiba tangan rasa ringan nak tumbuk si Que ni.

Takpa, Julian... Sabar.

Tiba sahaja ditempat parkir dimana Julian memarkir keretanya, mereka berdua segera memboloskan diri kedalam perut kereta Julian.

"Lagi satu, aku tidur dekat rumah kau malam ni. Boleh?"

"Sebab apa pula tu?" Julian menghidupkan enjin kereta. "Sebab kau tak masak malam ni?" duga Julian. Pedal minyak ditekan dalam apabila melihat sengihan seperti kerang busuk oleh Que. Hoodie yang terjatuh ditarik menutupi separuh wajahnya.

"Kau kenapa eh asyik pakai hoodie je? Sepanjang lima tahun aku kenal kau, jarang aku nak tengok kau pakai T-shirt atau kemeja biasa. Asyik hoodie je. Yang aku pelik tu, banyak pula koleksi hoodie kau. Kau takda baju lain selain baju hoodie ke?" soal Que. Sebenarnya, soalan itu sudah lama dia hendak tanya Julian. Namun, dia tak mahu mengguris perasaan Julian.

"Ada je. Tapi, aku lebih selesa pakai hoodie. Senang. Sarung je. Alah, lagipun aku kan bujang. Tak kisahlah pakai baju apa pun," balas Julian tanpa riak. Pandangan matanya fokus kearah jalan raya.

Que melayangkan jari telunjuknya keudara. "Itu salah satu sebab perempuan tak tertarik nak berkawan dengan kau. Sebab kau tak berfesyen. Tengok macam aku. Tak kira pergi mana pun, rambut kemas, baju segak. Itulah ramai orang kat universiti tu crush kat aku. Tapi, aku hanya setia pada insan yang bernama Yasmeen."

"Haha. So sweet." Julian menjulingkan matanya keatas. Nak juga cerita pasal makwe dia. Yang single ni jeles! Tahu tak jeles!

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau tu tak berfesyen."

"Ya, aku tahu."

"Nanti sampai kat rumah kau, aku nak selongkar almari kau. Rumah besar, almari pun mesti besarlah kan? Mesti ada banyak baju. Jangan semuanya hoodie sudahlah."

"Memang pun," balas Julian terus. Terbeliak mata Que memandang Julian.

"Are you serious, right know?"

"Ada nampak muka aku tak serius ke Qayyum oi?" Julian mengangkat kedua keningnya apabila menoleh kearah Que sekilas. Que tergeleng-gelengkan kepala.

"Hancurlah plan ni. Medina takkan sukakan kau. Putus asa jelah."


JULIAN membuka pintu suatu bilik itu. Suis lampu dibuka dan alangkah terkejutnya Que apabila melihat pelbagai jenis baju yang ada didalam bilik itu. Dia meneroka bilik itu dengan teruja.

Ada baju kemeja pelbagai warna, baju T-shirt. Baju singlet. Macam-macamlah. Tapi, hoodie juga dipilih Julian. Budak ni memang tak tahu nak berfesyen. Alahai...

"Ada pun baju macam ni. Tadi kata takda," kata Que sambil menarik beberapa helai baju dari penyangkut itu. Julian yang bersandar dimuka hadapan pintu hanya memerhati.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now