Bab 12

8.4K 435 4
                                    

MEDINA masih memejamkan matanya rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEDINA masih memejamkan matanya rapat. Dia takda pun rasa sakit seperti terhentak tapi dia terasa seperti sesuatu mencucuk belakang tubuhnya. Apabila matanya dicelik, kelihatan Louis sedang menahan tubuhnya dari terjatuh dengan menarik sling beg milik Medina.

Oleh kerana tubuh badan Medina yang agak berat, Medina sekali lagi tidak dapat mengimbangi badannya. Begitu juga dengan Louis. Kedua mereka tergelincir namun tubuh Medina sempat ditarik kedalam dakapan sebelum keduanya jatuh.

Tidak sangka kejadian itu mendapat perhatian daripada pengunjung yang berada disitu. Louis cepat-cepat membantu Medina bangun dan alangkah terkejutnya apabila Farhan juga terjelepok jatuh disebelah mereka.

"Farhan? Kau pun jatuh juga?"

Farhan cuba berdiri. "Far tahan abang Louis dari terhentak dekat simen ni. Tak sangka, Far pun jatuh sekali," jelas Farhan dengan nada yang tercungap-cungap. Dia mula meluncur keluar dari tempat itu. Sejuk!

Medina memandang tepat keanak mata Louis. Senyuman terlakar dibibirnya.

"Thanks."

"Anything for you," balas Louis tanpa sedar. Dia berdehem seraya mengalihkan pandangan ke tempat lain. "Let's get out of here." Louis menarik tangan Medina yang berlapik itu keluar dari tempat meluncur itu.

"Kau okay?" soal Medina lagi.

"As you can see. Dahlah. Buka kasut tu cepat."

PULANG sahaja dari pusat membeli-belah, Medina terus mengurungkan dirinya didalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PULANG sahaja dari pusat membeli-belah, Medina terus mengurungkan dirinya didalam bilik. Dia menjerit semahunya dengan keadaan bantal yang telah ditekup di wajahnya. Malu weh malu!

Nafas Medina tidak teratur. Bila teringatkan semula kejadian sebentar tadi, wajahnya terus bertukar warna. Dia melompat-lompat keriangan diatas katil. Patung kesayangannya iaitu Pikachu dipeluk seerat yang mungkin.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu itu memberhentikan tingkah lakunya. Dia berdehem sedikit. Siapapun yang mengetuk pintu, orang tu tak dengarkan dia berteriak macam orang gila tadi?

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now