Bab 31

12.9K 527 60
                                    

JULIAN mengambil keputusan untuk membeli cincin yang bakal dia gunakan untuk melamar Medina nanti. Dia pergi seorang diri tanpa Que kerana Que ada temu janji bersama dengan kekasihnya, Yasmeen.

Sebelum dia ke kedai menjual cincin, dia berjalan dahulu mencuci mata disekeliling pusat membeli-belah itu. Tangan dimasuk kedalam poket hoodie. Matanya melilau kesana sini. Manalah tahu ada sesuatu yang dia berkenan untuk beri kepada Medina sebagai hadiah hari jadinya.

Langkah Julian tiba-tiba terhenti apabila dia ternampak susuk tubuh yang sangat dikenalinya dari sebuah butik baju. Itu Medina dengan ibunya! Alahai, salah masa dia nak beli cincin. Masalahnya kedai cincin tu selang beberapa kedai je dengan butik tu.

Julian menutup separuh wajahnya dengan hoodie. Dia berjalan laju seraya menunduk melimpasi butik itu.

"Eh, Ian! Wah, laju jalan sampai tak nampak kita dekat sini." Suara lembut itu menyapa halwa telinga Julian. Langkah Julian terhenti. Dia menoleh kearah Medina, kekok.

"Hey! Sorrylah. Aku tak nampak kau kat situ," balas Julian dengan senyuman hambar. Dia tiba-tiba sahaja berdebar-debar apabila Medina mendekatinya. Ya Allah... kuatkanlah iman aku.

"Kau buat apa dekat sini, Ian?" soal Medina.

"Err--Allah, jatuh." Julian membongkokkan badannya. Medina pandang Julian dengan pelik. Julian teringat akan kata-kata Que bahawa perempuan suka lelaki yang sweet talker.

"Apa yang jatuh?"

"Iman aku..." Julian bertentang wajah polos Medina.

"Huh?"

"Kau cantik sangat harini, Medina." Gugup! Go away! Jangan rosakkan rancangan aku.

Medina menunduk menekur lantai, tersipu malu. Pipinya berona merah. Pertama kali Julian memuji bahawa dia cantik. Julian ketap gigi. Medina suka tak? Kenapa diam je ni? Alamak, dia tak suka ke?

"Medina... kau okay tak? Kenapa senyap?" Julian menyoal Medina risau. Medina mengangguk. Namun, dia masih menundukkan kepala. Julian membongkokkan badannya untuk menjengah muka Medina. "Ee, kau blushing. Hahaha," usik Julian seraya tertawa kecil. Lagi bertambah merah muka Medina dibuatnya.

"Dahlah tu, Ian!"

"Hahaha. Kau buat apa dekat sini?"

"Huh?" Medina mendongakkan kepala memandang Julian lagi. Dah blur pula.

"Kau buat apa dekat butik ni?"

"Oh! Hehe. Aku teman umi aku cari baju. Alang-alang cari baju aku untuk graduate nanti. Kau datang eh?"

"Eh, mestilah aku datang. Birthday kau juga tu kan? Haa, nanti aku datang bawa teddybear besar kedabak bagi dekat kau. Nak?"

"Ish, aku tak suka teddybear lah. Hadiah lain takda ke?"

Julian berpura-pura berfikir. "Apa eh? Apa kata aku bagi kau cincin?" Julian terkedu dengan soalannya sendiri. Medina jangan cakaplah. Habis seluruh wajahnya merona merah.

Julian ni nak ngorat aku ke apa? Hati Medina menyoal.

Alamak... aku terlepas cakap ke! Hati Julian jadi goyah. Peluh mula merinik didahinya.

"Hahahah! Aku gurau jelah, Med! Janganlah ambil serius sangat. Erm, aku pergi dulu. Ada banyak barang aku nak beli ni. Bye!" Julian segera beredar dari situ. Haih, haih, haih.

Julian masuk kedalam sebuah kedai bundle dan dia menjenguk mencari Medina. Nampaknya Medina dah masuk semula kedalam butik itu semula. Julian menghela nafas lega. Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan menuju ke kedai cincin Habib Jewel.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now