Bab 8

9.2K 474 10
                                    

SETAHUN KEMUDIAN,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETAHUN KEMUDIAN,

Kelihatan dibaris taman perumahan keluarga Hanif dan Eira itu, rumah mereka sahaja yang masih bercahaya terang. Rumah lain semua sudah gelap gelita. Sudah tentulah gelap kerana waktu sekarang ini sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Semua orang sudah tentu sedang diulit mimpi kecuali Medina, Louis dan Farhan.

Ketiga beradik itu masih sibuk mengulang kaji sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan angka 2 pagi.

"Far, kenapa terang sangat eh? Pergi tutup lampu dapur dengan lampu dekat meja makan. Tinggalkan lampu ruang tamu aje," arah Medina setelah sedar yang suasana rumah mereka terang-benderang. Keadaan pula sunyi belaka.

Tanpa membantah, Farhan meletakkan pennya keatas meja dan melangkah ke suis. Kepalanya sempat mengerling kearah jam sebelum dia menutup suis lampu seperti yang disuruh Medina.

"Pukul berapa dah, Far?" soal Louis pula. Suara garaunya yang serak basak itu membuatkan Medina jatuh suka akan suaranya. Suara je eh? Orangnya... tak!

"Pukul 2," balas Farhan seraya kembali ke meja mereka bertiga duduk. Medina dan Louis mengangguk sebelum masing-masing terdiam. Louis pandang Medina, Medina pandang Louis manakala Farhan pandang Medina dan Louis.

"It's 2 am, Louis. Esok sekolah kan?"

"Sekolah."

Medina menoleh kearah Farhan. "Kenapa kau tak tengok jam, Farhan!" marah Medina.

"Eh, kenapa Far pula?"

"It's 2 am, Farhan! We dont have enough time to sleep!" Medina sudah terhulur-hilir disekitar meja belajar mereka. Louis sudah garu kepala. Mula dah panic attack tak tentu pasal dia tu. Louis mendekati Medina dan kedua bahu Medina dipegangnya. Seraya itu, langkah Medina terhenti.

"Relax. It's gonna be fine. 4 jam quite enough. Lagipun, kita stay up bukan sebab benda yang tak berfaedah. Kita belajar! Kita ulangkaji. Jangan panik, okay? It's gonna be alright." Louis memujuk Medina sambil matanya tepat menikam anak mata hazel Medina.

Medina mengangguk. "Tunggu apa lagi? Marilah kita tidur. Kalau umi dan abi tahu kita stay up sampai pukul 2 pagi ni, mesti diorang marah." Medina, Louis dan Farhan mula mengemas buku-buku mereka yang berselerak diatas meja.

"Itulah. Janganlah kantoi. Lagi-lagi umi," balas Farhan sambil mereka bertiga berjalan kearah tangga.

"Yeah," sokong Louis dan Medina.

"Ehem." Langkah mereka bertiga terhenti apabila terdengar deheman dari seseorang. Bila kepala mereka mendongak, kelihatan Hanif sedang elok berdiri diakhir tangga itu. "Dari mana? Kenapa tak tidur lagi?" Hanif menyoal dengan nada tegas.

"Kitorang baru lepas ulangkaji, abi. Maaflah. Kitorang tak perasan dah pukul berapa. Tahu-tahu dah pukul 2 pagi je." Louis mewakili adik-adiknya menjawab soalan Hanif.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now