Special Chapter II

18.2K 608 34
                                    

TAKBIR raya mula berkumandang dari kaca televisyen dan memenuhi ruang setiap pelosok rumah Eira dan Hanif

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

TAKBIR raya mula berkumandang dari kaca televisyen dan memenuhi ruang setiap pelosok rumah Eira dan Hanif. Riuh rumah mereka pada malam itu dengan suara cucu-cucu menjerit, bermain dan bersuka ria.

Kaum wanita sibuk berperang didapur manakala kaum lelaki sibuk melayan anak-anak main bunga api dihalaman rumah. Pelita dipasang disekeliling rumah agam itu. Tashmeen dan Lufthi berlari kearah satu-satu pelita untuk menyalakan bunga apinya.

Sehingga disatu pelita, langkah mereka terhenti. Mata Lufthi melekap kearah satu semak yang bergerak-gerak. Setahu mereka tiada angin pun tika itu. Lufthi menarik-narik lengan Tashmeen. Berdecit kanak-kanak itu dibuatnya.

"Apa ni Lufthi? Meen nak main bunga api ni. Janganlah kacau," marah Tashmeen.

"Meen! Tengok tu. Semak tu bergeraklah." Lufthi menuding jari kearah satu semak yang sekejap berhenti dan sekejap bergerak. Tashmeen sudah mengecilkan matanya. Langkah berani dibawa kearah semak samun itu. "Meen, janganlah pergi dekat benda tu. Bahaya lah! Kita tak tahu apa ada dekat situ. Ayah kata malam ni syaitan dah keluar dari penjara. Manalah tahu tu hantu ke." Lufthi menarik-narik tangan Tashmeen. Namun, Tashmeen menepis.

Dia mendekati semak itu diikuti dengan Lufthi. Makin dekat, makin seram sejuk mereka rasa. Tiba-tiba...

"BARGH!"

"Argh! Ayahhhhh!" Jeritan Lufthi mengejutkan semua orang. Jiran pun turut keluar dari rumah. Manakala Tashmeen pula hanya berlagak biasa.

TAWA seisi keluarga itu meledak kuat apabila lihat wajah takut Lufthi ditakutkan oleh Farhan

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

TAWA seisi keluarga itu meledak kuat apabila lihat wajah takut Lufthi ditakutkan oleh Farhan. Tashmeen pula hanya berlagak biasa apabila bapa saudaranya tiba-tiba sahaja melompat keluar dari semak dan mengejutkan mereka. Farhan pula dimarahi oleh Eira dan Medina kerana menakutkan Lufthi sampai menggigil badan budak itu.

Cuping telinga Farhan ditarik Medina.

"Kakak! Apa ni? Janganlah tarik telinga Far. Kalau tercabut macam mana? Nanti siapa je nak dekat Far ni kak oi?" adu Farhan sambil cuba menepis tangan kakaknya dari terus mencubit telinganya.

"Biar takda siapa suka kau! Padan muka. Elok sangatlah takutkan budak sampai menggigil teruk dia. Kau ingat benda ni main-main ke? Kotnya dia pengsan ke, siapa juga susah nanti?" leter Medina. Julian pula tersengih, cuba menenangkan isterinya.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Kde žijí příběhy. Začni objevovat