Bab 1

17.2K 717 27
                                    

Buka media agar anda semua menjiwai bab ini 😌 Saya sangat galakkan anda buka media diatas.

Selamat membaca!

ORANG ramai sudah beransur pulang dari tanah perkuburan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ORANG ramai sudah beransur pulang dari tanah perkuburan itu. Tinggal keluarga Hanif sahaja yang tinggal dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menangis teresak ditepi tanah kubur itu. Sayu hati pasangan suami isteri itu apabila melihat nasib malang anak kawan baik mereka, Iman dan Nabila.

Medina yang juga berusia 10 tahun itu, melutut disebelah kanak-kanak lelaki yang bernama Louis itu. Bahu Louis dipegangnya lembut.

"Dahlah, Louis. Janganlah nangis lagi. Kalau ayah dan ibu Louis nampak ni, mesti dia marah." Medina cuba memujuk Louis. Namun, pujukannya langsung tidak diendahkan. "Louis, jom kita balik rumah Dina nak? Rumah Dina ada banyak mainan. Nanti boleh main sama-sama." Sedaya upaya Medina cuba memujuk lagi.

"Aku taknak mainan kau tulah! Aku nak ayah dan ibu! Kenapa diorang duduk dalam tanah?! Kenapa diorang tinggalkan aku?!" Tekingan dari Louis itu mengejutkan mereka semua. Kanak-kanak lelaki itu terus bangun keluar dari tapak perkuburan itu.

"Eh, Louis. Tunggu!" Medina menjerit memanggil nama Louis tetapi langsung tidak diendahkan lelaki itu. Louis menonong melintas jalan raya tanpa pandang kekiri dan kekanan.

Kebetulan pula tika itu, ada kereta meluncur laju kearah Louis. Bunyi hon bergema di kawasan tanah perkuburan itu sehingga membuatkan Louis terkejut dan tak mampu hendak berbuat apa. Tiba-tiba, dia terasa tubuhnya melayang ke tepi jalan.

"Adik, adik tak apa-apa ke?" Penghuni kereta itu pantas menerpa kearah Hanif dan Louis yang berada ditepi jalan. Nafas Louis tercungap-cungap akibat terkejut dengan apa yang baru terjadi. Eira dan yang lain juga pantas menyeberangi jalan itu.

"Takpa. Saya okay. Saya minta maaf ya. Anak saya ni emosi tak stabil," kata Hanif. Pelukannya pada tubuh Louis dieratkan lagi apabila dia terasa badan Louis menggigil. Penghuni kereta itu mengangguk faham dan terus masuk kedalam kereta setelah memastikan tiada apa yang serius.

"Abi! Abi okay ke?" soal Farhan kepada Hanif. Hanif hanya mengangguk.

"Louis, Louis okay tak, sayang?" Eira menyoal lembut kepada Louis pula. Rambut Louis diusap lembut. Louis hanya mengangguk didalam pelukan Hanif.

Pelukan dileraikan dan tangan si kecil itu dipimpin oleh Hanif menuju ke kereta. Langkah Hanif yang agak terhinjut-hinjut itu mengundang rasa serba salah Louis.

"Erm, uncle. Uncle okay tak? Kaki uncle macam sakit je," soal Louis dengan kepala yang terdongak memandang Hanif. Hanif tersenyum memandang Louis. Wajah Louis saling tak tumpah seperti wajah arwah ayahnya. Matanya pula mewarisi arwah ibunya. "Uncle?"

Panggilan kali kedua dari Louis menyentakkan Hanif dari lamunan pendeknya. Sekali lagi, bibirnya terukir senyum.

"Takda apalah, Louis. Sikit aje ni. Abi kan lelaki, kenalah kuat," balas Hanif dengan membahasakan dirinya dengan panggilan abi.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now