Bab 38

13.1K 478 12
                                    

TERLOPONG mulut Medina melihat dua keping kertas berbentuk segi empat tepat dibawah pinggan makannya. Dia mendongak memandang Julian yang berada dihadapannya tersenyum lebar. Medina bangun dari duduknya lalu menuju kearah Julian. Dia melompat duduk diatas riba Julian yang memang sudah disediakan oleh Julian.

Dicium kedua pipi Julian lalu dipeluk erat. Malu sudah dibuang tepi. Julian membalas pelukan Medina dengan penuh kasih sayang.

"Sorry sebab lambat sebulan. Ada problem sikit dengan pembelian tiket tu, bie tahu honey tunggu lama," ucap Julian. Sudah sebulan dia dan Medina menjadi suami isteri. Namun, baru hari ini dia menghadiahkan isterinya tiket percutian ke Istanbul, Turki.

"Takpa! Saya faham. Ini pun dah cukup dah. Saya sayang bie sangat-sangat." Pipi Julian dikucupnya lagi sebelum bibir Julian pula dipagutnya. Terkejut Julian dengan tindakan berani mati isterinya.

Sesaat kemudian, Medina melepaskan bibirnya dari Julian. Tercungap-cungap Medina mencari nafas. Dia bangun dari riba Julian.

"Thank you for this." Medina menundukkan kepalanya. Malu mungkin dengan kelakuan sendiri. Dia terlalu teruja sehingga anggota badannya dahulu bergerak berbanding otak. Medina duduk semula di tempatnya. Tiket tadi, diletakkan ketepi.









DARI lapangan terbang Kuala Lumpur, sampailah ke lapangan terbang Istanbul, senyuman dibibir Medina tak lekang dari bibir. Lebih kurang sebelas jam penerbangan mereka, Medina langsung tidsk menunjukkan gara-gara jetlag. Julian pula dapat jetlag.

Diajak isterinya untuk berehat di hotel dahulu. Esok hari baru mereka akan mula mengembara satu Istanbul. Medina yang tidak sabar itu, terpaksa menyimpan terujanya untuk esok. Kesihatan suaminya nombor satu sekarang.

Alah, tak lari mana pun Hagia Sophia tu.

Masuk sahaja mereka kedalam hotel yang ditempah kelas pertama oleh Julian, mereka berdua terus merebahkan badan keatas katil serentak. Sekelip mata sahaja Julian sudah terlelap. Penat benar nampaknya.

Medina mengambil masa yang ada untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dari balkoni bilik hotel itu. Medina sempat mengambil beberapa gambar moment indah itu menggunakan telefonnya.

Tiba-tiba, pandangan Medina teralih kepada seseorang yang dia pasti memerhatikannya daripada balik semak samun halaman belakang hotel itu. Medina menggosok matanya untuk memastikan samada betul ke tidak apa yang dilihatnya. Namun, bila mata tercelik balik, orang itu sudah hilang.

Dahi Medina berkerut. Perasaan dia sahaja atau apa ni? Oleh kerana ragu-ragu, Medina segera masuk kedalam bilik semula. Pintu balkoni itu diturup Medina dengan rapat. Didekatinya tubuh sang suami yang sedang berdengkur halus.

Rambut Julian diusapnya sambil dia mengambil peluang untuk menilik wajah tampan Julian. Bibir terukir senyuman manis serta bahagia.

"Terima kasih untuk segalanya. Saya cintakan awak, Julian. Hanya awak," bisik Medina seorang diri. Setelah sedar bahawa dia sudah berlama berkeadaan begitu, Medina mengambil keputusan untuk membersihkan diri.

Jaket kulit dibuka dari tubuh lalu disangkut pada kerusi yang tersedia dimeja solek. Langkah dibawa terus masuk kedalam bilik air. Air panas dipenuhkan dahulu kedalam tab mandi itu lalu dia berendam disitu.

Lima belas minit kemudian, Medina terdengar bunyi ketukan seraya deringan loceng dari pintu rumahnya. Medina segera keluar dari tab mandi. Dia hanya menyarungkan bathrobe sahaja dibadan sebelum dia segera meluru kearah pintu. Ditoleh kearah Julian sekilas.

Tidur mati betul dia ni.

Medina buka pintu sedikit. Dia mengintai keluar. Takda orang pun. Saat dia mahu menutup pintu itu semula, kepalanya tertunduk kebawah. Terdapat sampul surat yang diatasnya tertera nama penuh Julian.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now