Bab 22

9.5K 456 7
                                    

TEPAT jarum jam menunjukkan pukul 9 malam, Julian selamat sampai kerumahnya

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

TEPAT jarum jam menunjukkan pukul 9 malam, Julian selamat sampai kerumahnya. Dia pulang lewat kerana keluar melepak dengan kenalan. Rumah agam itu diperhati lama. Tiada lagi seri dirumah ini kerana rumah ini banyak digunakan untuk mengurung orang sahaja. Sehari kalau tak dengar suara orang terpekik terlolong, memang tak sah. Nasib baiklah rumah mereka tersorok didalam hutan.

Dengan wajah yang dingin, Julian masuk kedalam rumah itu tanpa menyapa bodyguard yang berdiri seperti patung dimuka pintu. Masuk sahaja, dia lihat papanya, Dato Hyde sedang duduk disofa menonton televisyen. Disebelah papanya terdapat baju yang ada sedikit percikan darah.

"Ian, baru balik?"

Sapaan Dato Hyde langsung tidak dibalas oleh Julian. Dia terus melangkah ke dapur setelah meletakkan beg galasnya diatas sofa. Sebotol air sirap diambil dari dalam peti ais. Gelas pula dicapainya.

"Ian masih marah papa lagi ke?" Dato Hyde melangkah kearah Julian yang sedang sedap meneguk air sirap sejuk itu. Julian merenung wajah Dato Hyde dengan mata helangnya.

Setelah habis minum air sirap itu, Julian meletakkan semula botol itu kedalam peti ais manakala gelas kosong itu dibiarkan diatas meja. Pandai-pandailah pembantu rumah tu kemas. Hoodie yang tersemat dibadan dibuka. Baju T-shirt putih yang dipakai didalam hoodie itu dibiarkan tidak terbuka. Langkah dibawa ke tangga dan dia langsung tidak mengendahkan Dato Hyde.

"Kalau bukan Ian..."

Langkah Julian terhenti. Dia menanti Dato Hyde menyambung kata-katanya.

"...siapa lagi mahu jadi waris papa?"

Julian menghempas hoodienya ke lantai. Dia menjegil memandang Dato Hyde. Mukanya sudah berubah merah. Dadanya pula naik dan turun.

"Berapa kali Ian nak kena cakap? Ian taknak jadi waris papa! Ian taknak jadi macam papa! Ian taknak terlibat apa-apa pun dalam dunia papa! Biarlah Ian dengan dunia Ian dan papa dalam dunia papa yang bergelumang dengan dosa ni!" Jerkahan Julian bergema satu rumah itu. Timbul urat didahi Julian menandakan dia betul-betul marah.

"Kalau Ian taknak jadi waris papa, nampaknya, takda motif lagilah untuk Ian tinggal dirumah agam ini," kata Dato Hyde. Mata Julian sudah memerah dan berkaca. Hanya kerana hal waris itu, papanya sanggup membuangnya.

Julian mengangguk. Hoodienya yang dihempas dilantai tadi dikutip. Dia mendekati Dato Hyde yang sedang berdiri sambil tangan digenggam.

"Mulai saat ini, Julian Haidar bukan lagi anak Dato Hyde. Terima kasih kerana sanggup kutip saya dari jalanan dan besarkan saya sampailah sekarang. Saya minta maaf sebab tak dapat nak balas jasa Dato. Lepasni, saya taknak ada kena mengena dengan hal-hal mafia Dato Hyde. Anggap jelah saya tak pernah wujud. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Julian menyampaikan kata-kata akhirnya kepada ayah angkatnya. Dengan air mata yang mengalir laju, dia keluar dari rumah itu bersama beg galasnya.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα