Bab 20

10.9K 469 19
                                    

GELAK tawa besar yang keluar dari mulut Farhan membuatkan Medina mencebik dan menjeling tajam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GELAK tawa besar yang keluar dari mulut Farhan membuatkan Medina mencebik dan menjeling tajam. Dia kini berpeluk tubuh memandang Farhan yang sudah ketawa berguling-guling di lantai biliknya. Rasa menyesal pula dia cerita dengan Farhan.

"Dahlah tu ketawakan kakak, Far! Tak baik tau," marah Medina. Farhan tidak mengendahkan kata-kata kakaknya. Dia masih lagi tidak berhenti dari ketawa. Perutnya ditekan-tekan apabila terasa senak.

"Tulah Medina Haura! Suka sangat perasan. Tak pasal-pasal termalu sendiri. Hahaha. Umi! Abi! Tolong Far, umi, abi!" Farhan ketawa sambil menjerit memanggil Eira dan Hanif.

"Senyaplah!" Akhirnya Medina mengalah. Dia duduk berpeluk tubuh membiarkan Farhan ketawa sampai senak perut. Dia teringat balik cerita semalam sewaktu di funfair.

Flashback...

Dia menolak tubuh Medina sehingga Medina tersandar ke dinding kabel itu. Khalid sudah membuka langkahnya.

"Khalid?! Apa you nak buat ni, Khalid. Please, jangan buat I macam ni!" Medina menghamburkan tangisannya. Tangan Khalid yang baru hendak mengusap pipi Medina terbantut. Dia mengalihkan tangannya kepada rambut Medina yang terlepas dari telinga lalu dia selitkan rambut itu ditepi telinga.

Dia kembali duduk seperti biasa disebelah Khalid. Dia berdehem perlahan. "I minta maaf, Med. I tak berniat pun nak buat you takut," kata Khalid sambil memandang kearah Medina.

Medina kembali duduk seperti biasa namun jaraknya dijauhkan sedikit dari Khalid. Dia memeluk tubuhnya sendiri.

"You... tak..."

"Duh! I takkan sesekali hancurkan maruah perempuan. Lagi-lagi you, Med. I pernah rasa bahagia sebab you. Takkanlah I nak hancurkan you semata-mata perasaan marah I ni." Khalid tergelak kecil.

Medina ketap gigi. "I yang patut minta maaf dekat you. I tak patut salah sangka dengan you dan I tak patut tolak cinta you," ucap Medina serbasalah. Dia meramas tangannya.

"Takpalah, Medina. Cinta tak semestinya memiliki kan? Lagipun, I dah tahu dah yang you takda perasaan dengan I dari pertama kali kita jumpa lagi. I tahu, you cuma nak jaga hati I aje. I juga tahu yang you sedang tunggu seseorang."

"Macam mana you tahu?"

"I boleh nampak dari cara you layan I. Jelas hati you hanya untuk dia dan bukan untuk sesiapa selain dia. I harap you tak layan dia macam mana you layan I. You nampak je kasar tapi sebenarnya you baik, Med. Hanya orang bodoh je yang tak pilih you." Khalid ukir senyum pahit. Sebaik sahaja kabel yang mereka berada tiba dibawah, Khalid perlahan bangun dari duduk lalu keluar dari kabel itu diikuti dengan Medina.

"I'm so sorry, Khalid." Medina masih lagi diselubungi perasaan serbasalah.

"No need to say sorry, Medina. I yang patut minta maaf pada you. I tak patut taruh harapan terlalu awal pada you. Maafkan I ya?"

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now